SYM ADXTG 400 akan cetus ‘perang’ skuter di Malaysia, harga badan bawah RM30,000

Tinggal masa sebulan lagi Malaysia bakal menyambut kedatangan skuter adventure jenama Taiwan iaitu SYM ADXTG 400.

Banyak kedai pengedar motosikal SYM di seluruh negara sudah melakukan pengambilan tempahan awal termasuk dengan bayaran deposit kurang RM200.

SYM sememangnya dikenali dengan antara pengeluar skuter dunia yang boleh dipercayai kualiti binaannya. Di Malaysia, jenama SYM dipasang dan diedarkan pihak MForce Bike Holdings (MForce).

Semasa majlis buka puasa pada Ramadan lalu, Ketua Pegawai Operasi MForce iaitu Asri Ahmad membuat kejutan dengan mendedahkan harga badan untuk SYM ADXTG 400 ialah bawah RM30,000.

Skuter SYM ADXTG 400mempunyai bentuk rekaan yang benar-benar berjiwa skuter adventure dan jelas dari arah depan sehingga ke ekor belakang.

Rekabentuk skuter ini mengambil inspirasi Smilodon iaitu haiwan prasejarah berkaki empat terbesar dalam keluarga kucing predator saber-tooth.

SYM ADXTG400 nampak agresif dari arah depan disebabkan jurureka SYM mencorak muka harimau untuk wajah depan SYM ADXTG 400. Ini jelas pada lampu LED depan terutamanya lampu DRL LED yang dibentuk macam taring.

Konsep lampu ‘bertaring’ ini ada juga dibuat di belakang dengan gaya lampu brek LED belakang menggunakan huruf M. Lampu signal dipisahkan dan berada bawah sedikit dari lampu brek.

Bukannya satu skuter bandar yang dijulang-julang sebagai skuter adventure macam Aveta Vanguard 250. SYM memang betul-betul bergaya skuter adventure sejati.

Satu lagi benda yang amat penting ialah agihan berat SYM ADXTG400 adalah 50:50 dan bukan depan berat, belakang ringan macam skuter lain. Apa pentinynya nisbah agihan berat ini ialah:

  • Nisbah berat 50:50 ini membolehkan penunggang dapat pengendalian terbaik semasa menunggang.
  • Tayar depan dan belakang mendapat cengkaman paling optimal dalam semua keadaan tunggangan.

Di bawah ini ada video tunggang uji Ride with Alex dengan model SYM ADX 400 dan mari kita tengok apa yang menarik tentang ADX 400 ini…

ARTIKEL BERKAITAN