Selepas pasaran Indonesia, Thailand dan juga Jepun, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Filipina, pada penghujung bulan Julai yang lepas. Berbanding model tahun 2021, pasaran negara kepulauan itu kini hanya menerima satu pilihan warna tunggal sahaja iaitu dalam versi KRT Edition (Lime Green / Ebony).
Month: August 2021
Honda Winner X Rothmans Edition oleh Speedway Motorsports Centre
Honda Winner X merupakan salah sebuah model moped yang sangat dinanti-nantikan pelancarannya di pasaran Malaysia. Namun begitu pelancaran model tersebut ketika ini masih belum berlangsung, antaranya mungkin disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 di kebanyakan negeri.
Keeway RCX 125 di pasaran Filipina, model motosikal kapcai scrambler yang tahan lasak
Pasaran motosikal di negara Filipina ternyata agak berbeza jika dibandingkan dengan pasaran motosikal di negara kita. Mungkin kerana faktor geografi dan permukaan alam, begitu juga dengan keperluan sesebuah model motosikal untuk kegunaan harian. Oleh itu tidak hairanlah jika motosikal kapcai scrambler antara model yang popular di sana.
Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 65,900.00
Model terbaharu Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dengan harga asas sebanyak RM 65,900.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Hanya tersedia dalam pilihan warna tunggal Aviator Grey, ianya boleh didapati di semua cawangan pengedar sah Ducati Malaysia di seluruh negara.
Rato SVR180 2021 bakal dilancarkan di pasaran China, pasaran Malaysia dijangka akan menyusul
Rato Motorcycle baru-baru ini telah mendedahkan pandangan depan lebih jelas untuk model super moped terbaharu Rato SVR180 2021. Menurut syarikat tersebut, model itu bakal dilancarkan di pasaran China, termasuklah untuk pasaran luar negara. Jika anda ingat kelmarin, Jialing SVR180 2021 turut muncul di pasaran China baru-baru ini.
Jialing SVR180 2021 – adakah ini gambaran sebenar model super moped terbaharu Aveta untuk pasaran Malaysia?
Pada beberapa bulan yang lepas, telah pun dikhabarkan bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model super moped terbaharu. Buktinya ialah melalui paparan beberapa keping gambar spyshot model berkenaan yang ditemui sedang diuji di jalan raya di negara kita.






