
Honda memulakan satu kerjasama dengan jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger dan kedua-dua pihak ini mempamerkan produk masing-masing di acara Minggu Fesyen Milan 2027 (Koleksi Wanita Musim Bunga/Musim Panas) di Itali.
Honda menempatkan sebuah sportbike yang mereka namakan Onitsuka Tiger Honda Mid Sports Concept di situ pada ketika Onitsuka Tiger mempamerkan koleksi pakaian Musim Bunga/Musim Panas 2027.

Tiada maklumat dikongsi tentang model sportbike itu namun, model itu nampak seakan-akan kategori pertengahan. Keseluruhan badan motosikal itu mendapat rona kuning ikonik Onitsuka Tiger dengan hiasan jalur hitam.
Rim motosikal berwarna hitam tetapi menerima akses kuning Onitsuka Tiger dan bahagian bawah fairing sisi menampakkan logo kedua-dua jenama.
Di pihak Onitsuka Tiger pula, mereka ada memperagakan koleksi pakaian termasuk jaket dan kasut dengan tertera nama Honda serta simbol sayap Honda.
Adakah model sportbike kuning ini akan dijadikan model edisi terhad? Atau adakah koleksi terbaharu Onitsuka Tiger-Honda dibawa dan dijual di Malaysia? Tiada maklumat didedahkan setakat ini.








