Rato SVR180 2021 bakal dilancarkan di pasaran China, pasaran Malaysia dijangka akan menyusul

Rato Motorcycle baru-baru ini telah mendedahkan pandangan depan lebih jelas untuk model super moped terbaharu Rato SVR180 2021. Menurut syarikat tersebut, model itu bakal dilancarkan di pasaran China, termasuklah untuk pasaran luar negara. Jika anda ingat kelmarin, Jialing SVR180 2021 turut muncul di pasaran China baru-baru ini.

Berdasarkan paparan gambar terbaharu ini, Rato SVR180 ternyata tampil begitu sporty dan agresif. Rekaan lampu depan di bahagian dadanya memberikan pandangan visual lain daripada yang lain, mungkin mengambil inspirasi daripada model Honda Winner X. Berita baiknya, Rato SVR180 ini dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai model Rato SVR180 ini, anda boleh ikuti artikel terdahulu melalui pautan yang disediakan di bawah, teruskan bacaan anda.