
Beberapa hari lalu, Yamaha Motor Vietnam melancarkan model dwi-kegunaan Yamaha WR155R (2026) ke pasaran Vietnam, dengan pilihan warna biru dan hitam. Harga diumumkan ialah 79 juta VND (anggaran RM12,390).
Kiriman pertama untuk motosikal Yamaha WR155R di Vietnam dijangka pada pada 25 September 2026.

Model WR155R mula berada di Vietnam menerusi pengimport persendirian sejak tahun 2020. Tiga tahun kemudian, Yamaha Motor Vietnam mula menawarkan model ini secara rasminya (tahun 2023) di negara berkenaan.
Berikut ialah perincian untuk model Yamaha WR155R edisi 2026 di Vietnam:
- Enjin satu silinder 155.1cc SOHC 4-injap dengan teknologi VVA dan menggunakan sistem suntikan bahan api.
- Output kuasa 12.3kW (16.5hp) pada 10,000rpm dan tork 14.3Nm pada 6,500rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac Assist & Slipper.
- Tangki minyak 8.1 liter.
- Panel meter LCD siap paparan maklumat tunggangan, antaranya ialah RPM enjin, kedudukan gear, paras petrol, jam dan status operasi VVA.
- Sistem kunci mekanikal.
- Sistem pencahayaan masih berasaskan mentol halogen.
- Ada lampu amaran kecemasan (hazard warning light).
- Fork depan KYB 41mm dengan jarak travel 215mm, monoshock belakang menawarkan jarak gerak 185mm.
- Sistem brek cakera tunggal 240mm dengan kaliper 2 piston di hadapan, cakera tunggal 220mm untuk roda belakang.
- Rim depan 21 inci dengan belakang 18 inci, menggunakan tayar semua permukaan tanpa tiub.
- Ada pelindung bawah enjin.
- Panjang 2,145mm, lebar 840mm dan tinggi 1,200mm.
- Tinggi tempat duduk 880mm.
- Berat motosikal 134kg.
- Jarak bumi 245mm.
Artikel: Yamaha WR155R 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Indonesia, harga bersamaan RM 11,514.56




















