PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu Honda Monkey 2022 untuk pasaran Indonesia. Hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Banana Yellow, Pearl Nebula Red dan Pearl Shining Black, harga jualan untuk model tersebut ditetapkan sebanyak Rp. 79,345,000, bersamaan RM 23,388.81.
Month: August 2021
Nexus 110A 2021 di pasaran Peru, kapcai mirip model Honda Wave 125X Ultimo
Pasaran motosikal keluaran China sememangnya sangat besar, sehingga menjangkau ke pasaran di benua Amerika Selatan. Pelbagai model motosikal ditawarkan, antaranya termasuklah model-model kapcai dengan pelbagai reka bentuk menarik. Untuk pasaran Peru misalnya, terdapat model kapcai Nexus 110A 2021 yang seperti pernah dilihat ini.
CFMOTO 250SR-R 2022 bakal dilancarkan, dilengkapi carbon winglet dan single arm?
Menurut laporan terkini, CFMOTO bakal melancarkan versi naik taraf terbaharu untuk model sport bike CFMOTO 250SR, yang akan dikenali dengan nama baharu CFMOTO 250SR-R 2022. Setakat ini berdasarkan paparan gambar seperti di atas, model tersebut dikatakan bakal dilengkapi ciri baharu seperti carbon winglet dan juga single arm.
Bajaj Dominar 250 2021 dengan tiga skim warna terbaharu diperkenalkan di pasaran India, harga RM 8,802.85
Bajaj Auto baru-baru ini telah memperkenalkan model touring Bajaj Dominar 250 2021, yang kini hadir dalam tiga skim warna terbaharu Dual Tone Edition untuk pasaran India. Ketiga-tiga warna terbaharu itu menggabungkan dua tona warna, yang dikenali sebagai Racing Red + Matt Silver, Citrus Rush + Matt Silver dan Sparkling Black + Matt Silver.
Honda CBR250RR 2022 di pasaran Indonesia terima pilihan warna terbaharu Bravery Red Black
PT Astra Honda Motor (AHM) kelmarin secara rasminya memperkenalkan satu pilihan warna terbaharu untuk model sport bike Honda CBR250RR 2022 di pasaran Indonesia. Dikenali dengan nama Bravery Red Black, pilihan warna terbaharu itu ditawarkan untuk ketiga-tiga varian Honda CBR250RR 2022 iaitu Standard, SP dan SP Quick Shifter.
Nicot Flash 150 2021 di pasaran China, dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi
Model moped Nicot Flash 150 2021 buatan negara China ini sudah pun pernah kita lihat sebelum ini, melalui model Rusi Flash 150 EFI dan Yingang Flash 150. Lebih menarik lagi ialah model tersebut telah pun menjalani ujian jalan raya di Malaysia, berdasarkan beberapa imej spyshot yang berjaya dikesan dalam bulan Februari 2021 yang lepas.






