3 jurutera ZXMOTO China ke Malaysia, kongsi cara pemasangan motosikal terbaik dan kawalan kualiti

Sebelum memulakan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) motosikal jenama ZXMOTO, ada beberapa kakitangan dihantar ZXMOTO Malaysia ke China sebagai persiapan awal.

Mereka dihantar untuk timba ilmu secara langsung daripada tenaga pakar ZXMOTO di China. Ini untuk dapat pemahaman lebih jelas tentang aspek teknikal motosikal ZXMOTO serta menerima latihan intensif di bawah pengawasan dan bimbingan ZXMOTO China.

Minggu lepas, stok ZXMOTO 500RR versi CKD sudah mula diedarkan ke rangkaian pengedar ZXMOTO.

Aktiviti pengeluaran di Pulau Pinang itu dipantau seramai tiga jurutera profesional ZXMOTO diterbangkan khas dari China untuk memastikan kualiti kerja motosikal ZXMOTO berada di tahap tertinggi.

Pasukan jurutera itu memberi tunjuk ajar mengenai kaedah pemasangan terbaik, pemeriksaan kualiti, penalaan enjin, sistem elektronik dan sistem keselamatan untuk setiap peringkat kerja.

Artikel Berkaitan