Pada beberapa bulan yang lepas, telah pun dikhabarkan bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model super moped terbaharu. Buktinya ialah melalui paparan beberapa keping gambar spyshot model berkenaan yang ditemui sedang diuji di jalan raya di negara kita.
Model tersebut sebelum itu muncul di negara China, dan pada mulanya dikenali dengan nama Rato SVR180. Bagaimanapun menurut maklumat terkini dari negara China, ianya akan dilancarkan pula di bawah jenama Jialing, dengan mengekalkan nama SVR180. Anda boleh saksikan gambar-gambar menarik model tersebut dalam galeri di bawah.
Berdasarkan gambar-gambar awal model Jialing SVR180 2021 itu, bolehlah dikatakan penampilan super moped terbaharu itu kelihatan sporty dan mantap. Maklumat enjinnya masih belum diketahui, pastinya sangat menarik jika ianya menggunakan enjin 180cc. Untuk pasaran Malaysia, adakah benar Aveta akan melancarkan Jialing SVR180 ini?
Sumber : jddmoto.com








