Pada tahun 2017 yang lepas, dunia permotoran tempatan gempar dengan kemunculan lakaran imej sebuah model super moped terbaharu, yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Kawasaki. Berdasarkan maklumat yang tersebar, model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 175cc, lengkap dengan pelbagai komponen motosikal berkuasa tinggi.
Category: Rato
Rato SVR180 2021 bakal dilancarkan di pasaran China, pasaran Malaysia dijangka akan menyusul
Rato Motorcycle baru-baru ini telah mendedahkan pandangan depan lebih jelas untuk model super moped terbaharu Rato SVR180 2021. Menurut syarikat tersebut, model itu bakal dilancarkan di pasaran China, termasuklah untuk pasaran luar negara. Jika anda ingat kelmarin, Jialing SVR180 2021 turut muncul di pasaran China baru-baru ini.
Model moped Rato SVR180 2021 muncul di pasaran China, dilengkapi enjin 150cc, penampilan mirip Honda Winner X
Pada bulan Oktober 2020 yang lepas, Rato Motorcycle yang berasal dari negara China telah mempamerkan sebuah model moped terbaharu, dikenali sebagai Rato SVR180. Berdasarkan maklumat yang ada setakat ini, Rato SVR180 kini telah mula ditawarkan di pasaran domestik China, termasuklah bersedia untuk dieksport ke pasaran luar negara.