SYM ADX 250 laris hingga habis stok di Jepun, tempahan masih tinggi?

Kami ada terbaca satu cerita menarik tentang skuter SYM ADX 250 di Jepun. Khabarnya, kiriman pertama stok skuter ke Negara Matahari Terbit itu sudah habis disambar pembeli Jepun.

Berdasarkan cerita di sana, model SYM ADX 250 ini masih baru di Jepun dan diumumkan untuk pasaran di situ pada Ogos 2026.

Skuter jenama Taiwan begitu laris di Jepun sehingga boleh ganggu pemain tempatan? Atau selera orang muda Jepun makin berubah?

Untuk berlaku adil, tidak ada maklumat rasmi mendedahkan berapa unit ADX 250 dalam kiriman stok pertama. Boleh jadi 1,000 unit… mungkin 500 unit sahaja… atau lebih rendah…atau tinggi?

Laporan di sana juga mendedahkan, tempahan diterima masih tinggi dan stok susulan akan dibawa masuk tidak lama lagi.

Satu lagi cerita menarik tentang SYM di Jepun ialah jenama ini jenis ‘tenggelam timbul’. Pernah masuk seawal tahun 2002 dan tiba-tiba ‘ghaib’ pada 2017. Jenama pun pernah beralih tangan beberapa kali.

Kini, pengimport dan pengedar tunggal jenama SYM di Jepun iaitu Motorist LLC dan mereka juga adalah pihak yang memperkenalkan skuter crossover SYM ADX 250 di situ.

ADX ini ialah siri skuter crossover gaya adventure keluaran Sanyang Motor Co., Ltd. (SYM). Barisan produk SYM dalam kategori itu merangkumi ADXTG 400, ADX 300, ADX 250 dan ADX 125.

Mengapa skuter SYM ADX 250 jadi pilihan untuk pasaran Jepun dan bukannya model global ADX 300? Ini mungkin berkait dua faktor utama iaitu:

  • Kadar cukai
  • Motosikal atau skuter 250cc ke bawah tidak perlu jalani ujian pemeriksaan berkala wajib (shaken)

Tiada kepastian sama ada model ini boleh terus bertahan jadi produk popular dan menguatkan lagi kehadiran SYM di Jepun. Apa pun, di bawah ini adalah perincian tentang skuter SYM ADX 250:

  • Harga skuter ¥693,000 (anggaran RM17,948) termasuk cukai penggunaan.
  • Ada lima warna pilihan disediakan.
  • Tangki minyak 16 liter.
  • Enjin silinder tunggal 249cc OHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (EFI).
  • Output kuasa 18.1kW pada 8,000rpm dan tork 24Nm pada 6,000rpm.
  • Transmisi CVT pacuan tali sawat.
  • Ada kamera dashcam depan dan belakang.
  • Meter digital TFT berwarna 7 inci. Boleh disambung pada telefon pintcar
  • Ruang simpanan bawah pelana dikatakan 35 liter.
  • Rim depan 15 inci dengan tayar 120/70, rim belakang 14 inci tayar 140/70.
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem brek cakera tunggal 260mm depan dan 240mm belakang, siap dengan Sistem ABS depan-belakang.
  • Ciri lain ialah sistem pencahayaan LED penuh, sistem kekunci pintar dan soket UBS Type-A serta Type-C.

Artikel Berkaitan 

Galeri Gambar SYM ADX 250