
Zontes sudah berada di Malaysia semenjak 2019 dengan membawa produk siri 310 dan 155, namun jenama itu masih ‘sejuk’ dan kurang ‘dipandang’.
Nasib jenama Zontes mula berubah selepas pengenalan dua model skuter maxi iaitu 350E dan 350D (2023) dan dikuhuhkan lagi menerusi siri skuter 368 (empat model) pada Mac 2026.

Dan terbaharu, banyak juga pengedar kembali aktif membuat promosi hebahan tentang produk terbaharu Zontes yang katanya akan masuk Malaysia tidak lama lagi.
Zontes 175 Jadi Masuk Malaysia?
Masih lagi produk skuter dan model yang disebut-sebut ialah Zontes 175X dan juga ada juga menyatakan model 175V juga tersenarai masuk Malaysia.
Berdasarkan iklan segelintir pengedar, anggaran harga sekitar RM9,000 hingga RM10,000. Ini bukan maklumat rasmi daripada Zontes Malaysia.
Singapura sudah menayangkan model Zontes 175V sejak pertengahan bulan ini. Di China, mereka baru sahaja melancarkan Zontes 175X. Malaysia? Cerita tentang kedatangan model ini sudah didengari sejak beberapa bulan lalu.
Apa Beza Zontes 175V dan Zontes 175X?
Apa beza Zontes 175V dan Zontes 175X? Adakah kedua-duanya model sama di sebalik panel fairing? Maklumat dikongsi ini adalah mengikut model dari China.
Frem kedua-dua model ini diperbuat daripada aloi aluminium, dikatakan membantu mengurangkan berat keseluruhan skuter.
Instrumen meter adalah digital penuh 5 inci berwarna TFT yang menawarkan tiga jenis mode paparan seperti berikut:
Melihat dari sudut luaran atau fizikal, Zontes 175V nampak macam sebuah skuter gaya premium bandar. Zontes 175X nampak macam lebih ke arah gaya adventure. Sporty? Dua skuter 175 ini memang ada gayaan tersebut.
Perbezaan paling ketara ialah rekaan hadapan dan belakang termasuk lampu projektor LED, lampu belakang, penghadang angin (windshield) dan juga bar hendal.
Di bawah ini, kami akan paparkan gambar menunjukkan perbezaan antara model skuter Zontes 175X dan Zontes 175V.
Spesifikasi Zontes 175X dan Zontes 175V:
Spesifikasi yang dipaparkan di bawah ini adalah mengikut model yang sedia ada di China. Perbezaan cuma satu yang kami temui iaitu ukuran panjang. Selebihnya adalah sama.
| Zontes 175X | Zontes 175V | |
|---|---|---|
| Enjin | 1 silinder, SOHC | 1 silinder, SOHC |
| Kapasiti | 168.7cc | 168.7cc |
| Kuasa maksimum | 14.5kW @ 8,700rpm (19.4hp) | 14.5kW @ 8,700rpm (19.4hp) |
| Tork maksimum | 16.5Nm @ 6,500rpm | 16.5Nm @ 6,500rpm |
| Bore x Stroke | 60.5mm x 58.7mm | 60.5mm x 58.7mm |
| Nisbah mampatan | 11.8 : 1 | 11.8 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair | Sejukan cecair |
| Kotak gear | CVT automatik | CVT automatik |
| Suspensi depan | Fork teleskopik biasa | Fork teleskopik biasa |
| Suspensi belakang | absorber kembar | absorber kembar |
| Tayar depan | 110/70 - 14 | 110/70 - 14 |
| Tayar belakang | 130/70 - 13 | 130/70 - 13 |
| Brek depan | Cakera | Cakera |
| Brek belakang | Cakera | Cakera |
| Panjang | 1,975mm | 1,985mm |
| Lebar | 750mm | 750mm |
| Tinggi | 1,245mm | 1,245mm |
| Jarak dari bumi | 135mm | 135mm |
| Jarak roda | 1,375mm | 1,375mm |
| Tinggi tempat duduk | 770mm | 770mm |
| Tangki minyak | 11 liter | 11 liter |
| Berat kasar | 110kg | 110kg |
| Bonus | - Sistem Brek ABS depan dan belakang - Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) - Frem aluminium - Sistem pencahayaan LED penuh - Ada brek parkir tangan - Meter TFT 5 inci berwarna | - Sistem Brek ABS depan dan belakang - Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) - Frem aluminium - Sistem pencahayaan LED penuh - Ada brek parkir tangan - Meter TFT 5 inci berwarna |




















