Di pasaran India, skuter Yamaha Aerox 155 2021 dilancarkan dalam bulan September yang lepas, dalam tiga pilihan warna Racing Blue, Grey Vermillion dan Monster Energy MotoGP Edition. Pada bulan Disember 2021 baru-baru ini pula, skuter berkenaan telah didatangkan dengan satu lagi pilihan warna baharu yang menarik iaitu Metallic Black.
Category: Yamaha
Yamaha MT-09 2022 terima warna baharu Cyan Storm untuk pasaran Eropah
Untuk pasaran Malaysia, Yamaha MT-09 2021 serba baharu telah diperkenalkan pada bulan November 2021 yang lepas, dengan harga jualan RM 54,998.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Untuk pasaran Eropah pula, Yamaha MT-09 versi 2022 baru saja diperkenalkan, kini tampil dengan pilihan warna terbaharu Cyan Storm.
Yamaha XSR700 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini tampil dengan kemaskini baharu
Model sport heritage Yamaha XSR700 2022 kini diperkenalkan di pasaran Eropah, dan tampil dengan beberapa kemaskini baharu. Sekali pandang ianya hampir sama dengan model Yamaha XSR700 2020, tambahan pula penampilan terkininya tidaklah seradikal Yamaha XSR900 2022, namun tetap membawakan beberapa perubahan yang baharu.
Yamaha MT-07 2022 terima kemaskini warna Cyan Storm dan jalur grafik baharu di pasaran Eropah
Jentera naked Yamaha MT-07 2022 rasmi diperkenalkan untuk pasaran Eropah dalam bulan November yang lalu, kini tampil dengan tiga pilihan warna iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black. Ketiga-tiga pilihan warna itu kelihatan sama seperti model tahun 2021, namun ianya dibezakan dengan sentuhan warna Cyan dan jalur grafik baharu.
Yamaha XSR155 2022 terima kemaskini pilihan warna baharu di pasaran Indonesia
Model sport heritage Yamaha XSR155 2022 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Indonesia, kini tampil dengan pilihan dua skim warna baharu iaitu Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary dan Matte Dark Blue Authentic. Selain itu, dua pilihan skim warna terdahulu iaitu Matte Silver Premium dan Matte Black Elegance masih lagi ditawarkan.
HLYM umum harga baru untuk Yamaha Ego Avantiz, Ego Gear, NVX dan NMAX bagi musim 2022
Sempena dengan tamatnya tempoh pengecualian duti eksais bagi setiap model-model motosikal dan skuter versi pemasangan tempatan (CKD) dengan enjin di bawah 150cc, yang berakhir pada 31hb. Disember 2021 baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor kini mengumumkan kemaskini harga baru untuk beberapa buah model keluarannya.






