Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengumumkan harga baru untuk beberapa buah model motosikal dan skuter keluarannya, yang melibatkan model-model seperti Yamaha 135LC, Yamaha Ego Avantiz, Yamaha Ego Gear, Yamaha NVX (versi non-ABS) dan Yamaha NMAX. Untuk model Yamaha 115Z dan Yamaha Y15ZR pula, harga asas untuk kedua-duanya masih kekal sama dan tiada […]
Category: Yamaha
Yamaha MT-03 2022 terima warna baharu Cyan Storm di pasaran Eropah, enjin kini patuh piawaian emisi Euro 5
Model naked Yamaha MT-03 2022 di pasaran Eropah kini tampil dengan pilihan warna baharu Cyan Storm, di samping dua lagi pilihan warna menarik Icon Blue dan Midnight Black. Untuk musim 2022, model tersebut juga kini telah dilengkapi enjin baharu yang telah mematuhi piawaian emisi Euro 5 sepenuhnya, menjadikannya lebih mesra alam.
Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 di pasaran Vietnam
Yamaha Motor Vietnam baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna baharu untuk model moped popular Yamaha Exciter 155 VVA 2022, dalam versi GP, Premium dan juga Standard. Untuk model GP Version, anda boleh saksikan gambar-gambar menarik di dalam galeri di bawah, kali ini disiarkan dalam resolusi yang lebih tinggi dan jelas.
Yamaha XSR155 Cafe Racer Style 2021 di pasaran Thailand, edisi terhad 100 unit, kolaborasi dengan Zeus Custom
Yamaha di pasaran Thailand baru-baru ini telah berkolaborasi dengan bengkel custom terkenal Zeus Custom yang beroperasi di Bangkok, bagi menjadikan penampilan model sport heritage Yamaha XSR155 dalam gaya Cafe Racer Style yang tersendiri. Hasilnya ialah set lengkap Cafe Racer Kit buatan Zeus Custom, dalam edisi terhad 100 unit.
Yamaha NMAX 160 Spider-Man Edition 2022 diperkenalkan di pasaran Brazil
Sempena dengan pembukaan tayangan filem superhero Spider-Man : No Way Home yang bermula dalam minggu ini, Yamaha di pasaran Brazil kini memperkenalkan model skuter istimewa Yamaha NMAX 160 Spider-Man Edition 2022. Dikeluarkan dalam edisi terhad, harga jualannya adalah sebanyak BRL 16,490.00, bersamaan RM 12,270.40.
Yamaha Y15ZR tidak lagi ditawarkan di pasaran Thailand dan Filipina, adakah pasaran Malaysia seterusnya?
Baru-baru ini susulan daripada tersebarnya gambar-gambar spyshot unit ujian Yamaha 135LC V8 2022 yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun depan, telah membuatkan timbulnya kemungkinan bahawa model moped popular Yamaha Y15ZR akan dihentikan pengeluarannya. Untuk rujukan, artikel berkenaan boleh dibaca melalui pautan di sini.






