Di pasaran India, skuter Yamaha Aerox 155 2021 dilancarkan dalam bulan September yang lepas, dalam tiga pilihan warna Racing Blue, Grey Vermillion dan Monster Energy MotoGP Edition. Pada bulan Disember 2021 baru-baru ini pula, skuter berkenaan telah didatangkan dengan satu lagi pilihan warna baharu yang menarik iaitu Metallic Black.
Harga yang ditawarkan untuk pilihan warna baharu itu ialah ₹ 131,000, bersamaan nilai RM 7,355.14, iaitu sama seperti mana harga untuk pilihan warna Racing Blue dan Grey Vermillion. Skuter tersebut seterusnya kekal dengan spesifikasi dan ciri-ciri sebelumnya, antaranya dikuasakan enjin 155cc dengan teknologi VVA yang lancar dan berkuasa.
Antara ciri-ciri menarik yang dibekalkan untuk Yamaha Aerox 155 VVA 2022 di pasaran India ini termasuklah Smart Motor Generator System, Stop & Start System, tangki petrol 5.5 liter, brek cakera depan dengan ABS, lampu depan dan lampu belakang LED, dan juga panel meter digital LCD yang boleh dihubungkan ke aplikasi Yamaha Y-Connect.






