
Mforce Bike Holdings (Mforce) menerusi laman media sosial mereka mendedahkan program insentif Mforce.Cas dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.
Berdasarkan hebahan terbaharu, program yang menggalakkan peralihan kepada pemilikan serta penggunaan motosikal atau skuter elektrik itu dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026.


Jumlah tawaran rebat kekal seperti sedia ada iaitu sehingga RM2,400 untuk setiap model motosikal atau skuter elektrik.
Pun begitu, insentif ini hanya disediakan kepada mereka yang ingin beli mana-mana jenama produk motosikal atau skuter elektrik diuruskan Mforce.
Ini membabitkan produk terpilih daripada jenama Yadea, QJMOTOR, ZEEHO dan EZi. Tawaran insentif ini tertakluk kepada terma dan syarat serta stok adalah terhad.
Artikel Berkaitan:
- Mforce.Cas sediakan rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik
- Mforce Sambung Insentif Rebat RM2,400 untuk Pembelian EV Sehingga 15 Julai 2026
- Mforce.Cas belum tamat, insentif rebat RM2,400 masih ada sehingga 31 Julai 2026
- Program Mforce.Cas sambung 3 bulan lagi, insentif rebat RM2,400 masih ada
