Pada tahun lepas, Malaguti Madison 150 2023 secara rasmi diperkenalkan di pasaran Thailand. Berbanding model tahun 2022, model skuter tersebut kini tampil dengan empat pilihan warna baharu iaitu Olive Green Metal, Nero Black Metallic, Argento Silver Pro dan White Pearlescent.
Category: Malaguti
Malaguti Drakon125 2023 kini ditawarkan di pasaran Eropah
Malaguti Spectre GP125 2023 tiba untuk pasaran Eropah
Jika pasaran Malaysia ditawarkan dengan modelĀ WMoto F15 2022, pasaran Eropah pula bakal menerima model Malaguti Spectre GP125 2023 tidak lama lagi. Kedua-duanya merupakan model yang sama, namun mempunyai perbezaan dari segi kapasiti enjin. Di bahagian brek depan, tidak pasti pula sama ada Malaguti Spectre GP125 akan dilengkapi sistem brek ABS atau pun tidak.
Malaguti Madison 125 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah
Jika pasaran Thailand menerima model Malaguti Madison 150 2022, pasaran Eropah pula menerima model Malaguti Madison 125 2022. Kedua-dua model berkenaan tampil dengan reka bentuk yang sama, namun dengan kapasiti enjin yang berbeza. Madison 125 dikuasakan enjin bersesaran 124.8cc, dengan tork maksimum 11Nm @ 6,500rpm.
Malaguti Madison 150 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga jualan bersamaan RM 9,858.67
Pada pertengahan bulan Jun yang lepas, Malaguti secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu Malaguti Madison 150 2022 untuk pasaran Thailand. Tersedia dalam empat pilihan warna kesemuanya, harga jualan yang ditawarkan untuk model skuter itu adalah sebanyak THB 79,800.00, bersamaan RM 9,858.67 mengikut kadar semasa.