Jika pasaran Malaysia ditawarkan dengan model WMoto F15 2022, pasaran Eropah pula bakal menerima model Malaguti Spectre GP125 2023 tidak lama lagi. Kedua-duanya merupakan model yang sama, namun mempunyai perbezaan dari segi kapasiti enjin. Di bahagian brek depan, tidak pasti pula sama ada Malaguti Spectre GP125 akan dilengkapi sistem brek ABS atau pun tidak.
Untuk pasaran Eropah, Malaguti Spectre GP125 2023 akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 125cc (single-cylinder, four-stroke engine, air-cooled) dengan padanan transmisi lima kelajuan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.65hp @ 8,500rpm dengan tork 9.6Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 5 liter.
Kelajuan maksimum Malaguti Spectre GP125 2023 dikatakan mencapai 94 km/j, sudah mencukupi untuk sesebuah model sepertinya. Menurut maklumat terdahulu, ianya akan dilancarkan di pasaran Greece, dan tiada maklumat untuk pasaran negara-negara Eropah yang lain. Harga jualannya juga setakat ini masih belum diumumkan, namun dijangkakan harga rasminya nanti adalah berpatutan.