Malaguti Drakon125 2023 kini ditawarkan di pasaran Eropah

Pada penghujung tahun lepas, Malaguti Drakon125 2023 dengan rasminya dilancarkan di pasaran Eropah, dengan dua pilihan warna iaitu Neve White dan Spirito Grey.

Reka bentuk dan penampilan model tersebut adalah sporty dan moden, dan dikuasakan enjin bersesaran 124.8cc (4-stroke, water-cooled) dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu mampu menjana kuasa maksimum 13.5hp @ 9,500rpm dengan tork 11.4Nm @ 7,500rpm. Model seberat 145 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki petrol 10.5 liter.

Drakon125 turut dilengkapi fork depan jenis USD, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tayar bersaiz 100/80-17 dan 130/70-17, dan tinggi tempat duduk 805 mm.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya termasuklah panel TFT dengan tiga skim warna (Corsa Red, Day, Night), soket pengecas USB, dan sistem lampu LED sepenuhnya.