Pada pertengahan bulan Jun yang lepas, Malaguti secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu Malaguti Madison 150 2022 untuk pasaran Thailand. Tersedia dalam empat pilihan warna kesemuanya, harga jualan yang ditawarkan untuk model skuter itu adalah sebanyak THB 79,800.00, bersamaan RM 9,858.67 mengikut kadar semasa.
Malaguti Madison 150 mempunyai reka bentuk yang sporty dan menawan. Ianya tampil dengan enjin bersesaran 149.3cc (liquid cooled, 4 valves) dengan gandingan transmisi automatik CVT. Jumlah kuasa dan tork enjin itu bagaimanapun tidak didedahkan. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 10 liter, untuk perjalanan yang lebih jauh.
Malaguti Madison 150 berdiri di atas tayar depan bersaiz 100/80-14 dan tayar belakang bersaiz 120/70-14, kedua-duanya merupakan jenis tubeless. Tinggi tempat duduk ialah 755 mm, manakala berat keseluruhan 142 kg. Untuk keselamatannya, brek cakera jenis CBS depan dan belakangnya masing-masing mempunyai saiz 250 mm dan 220 mm.
Spesifikasi lain yang melengkapi Malaguti Madison 150 ini termasuklah fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang berkembar dengan lima tahap pelarasan, paparan panel meter digital, sistem kunci keyless dengan sistem penggera, soket pengecas USB untuk mengecas telefon bimbit, ruang barangan yang luas dan fender belakang yang sporty.
Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Malaguti yang berasal dari negara Itali ini akan turut masuk ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Dengan melihat kepada penampilan, enjin, ciri-ciri dan harga yang ditawarkan untuk skuter Madison 150 2022 ini, ianya boleh dikatakan mempunyai peluang yang cerah di pasaran Malaysia.