Jika pasaran Thailand menerima model Malaguti Madison 150 2022, pasaran Eropah pula menerima model Malaguti Madison 125 2022. Kedua-dua model berkenaan tampil dengan reka bentuk yang sama, namun dengan kapasiti enjin yang berbeza. Madison 125 dikuasakan enjin bersesaran 124.8cc, dengan tork maksimum 11Nm @ 6,500rpm.
Di bahagian brek, Madison 125 turut dilengkapi brek cakera depan dan belakang dalam saiz 250 mm dan 220 mm, namun tanpa sistem CBS. Kapasiti tangki bahan apinya pula ialah 9 liter, berbanding 10 liter pada Madison 150. Untuk pasaran Eropah, Madison 125 bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat, dengan tiga pilihan warna yang menarik.