BMW C 400 X 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 44,500.00

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan BMW C 400 X 2021 untuk pasaran tempatan. Model skuter terbaharu itu boleh didapati dalam pilihan skim warna tunggal Style Sport (Blackstorm Metallic / Racing Blue Metallic Matt). Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 44,500.00 sahaja, tidak termasuk insuran.

BMW C 400 X 2021 dikuasakan enjin bertaraf Euro 5 bersesaran 350cc (water-cooled, single-cylinder, four-stroke engine featuring four valves per cylinder, overhead camshaft with rocker and wet-sump lubrication) dengan transmisi CVT, dan menghasilkan kuasa 34PS @ 7,500rpm dan tork 35Nm @ 5,750rpm. Kelajuan maksimumnya ialah 139 km/j.

Spesifikasi lain yang melengkapi model tersebut ialah tangki bahan api 12.8 liter, sistem brek cakera dengan ABS, fork depan teleskopik 35 mm, suspensi belakang berkembar (adjustable preload), tinggi tempat duduk 775 mm, roda depan dan belakang berukuran 120/70-R15 dan 150/70-R14, serta berat (unladen weight) 206 kg (berat kering 195 kg).

BMW C 400 X 2021 turut dilengkapi kelengkapan standard seperti sistem Ride by Wire, Self calibrating ASC (Automatic Stability Control), sistem lampu LED sepenuhnya, soket pengecas 12V dan USB, ruang di bawah tempat duduk yang luas (volume 31 l, 45 l with Flexcase), tongkat tengah yang praktikal dan sistem ekzos sporty jenis stainless steel.

Bagi kelengkapan pilihan yang ditawarkan, ianya adalah seperti pakej Comfort (heated grips and heated seat), BMW Motorrad Connectivity (TFT colour display, multi-controller and associated apps), LED daytime riding light, Keyless Ride dan juga ciri keselamatan iaitu Anti-theft alarm system. Lebih dari itu, pelbagai pilihan aksesori turut ditawarkan.