Selain daripada model BMW G 310 R 2021, BMW Motorrad Malaysia pada masa yang sama turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu iaitu BMW G 310 GS 2021. Harga jualan asas untuk model tersebut bermula dari RM 29,500.00 untuk pilihan warna Style Rallye dan Polar White, dan RM 31,500.00 untuk pilihan warna 40 Years GS Edition.
Category: BMW Motorrad
BMW G 310 R 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 27,500.00
BMW Motorrad Malaysia kini secara rasminya melancarkan model naked terbaharu BMW G 310 R 2021 untuk pasaran tempatan. Didatangkan dalam satu pilihan warna tunggal iaitu Sport Style (Limestone Metallic), harga jualan asas yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 27,500.00 sahaja (tidak termasuk insuran).
Skuter elektrik BMW CE 04 diperkenalkan untuk musim 2022
BMW Motorrad pada beberapa hari yang lepas secara rasminya telah memperkenalkan model skuter elektrik terbaharu keluarannya iaitu BMW CE 04. Model berkenaan akan berada di pasaran mulai musim 2022, dengan harga jualan bermula dari £11,700 (RM 68,162.31) untuk pasaran UK, dan $11,795 (RM 49,426.95) untuk pasaran USA.
BMW S 1000 RR terima kemaskini baharu untuk musim 2022
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan beberapa kemaskini baharu untuk model BMW S 1000 RR 2022, antaranya dimulai oleh pengenalan warna baharu dalam skim Style Passion dengan warna Mineral Grey Metallic. Untuk maklumat selanjutnya, berikut ialah petikan daripada siaran akhbar yang diterbitkan oleh BMW Motorrad :
BMW G 310 R dan BMW G 310 GS terima kemaskini warna baharu untuk musim 2022
BMW G 310 R dan BMW G 310 S untuk model tahun 2020 / 2021 sebelum ini tampil dengan beberapa pilihan warna yang menarik dan sporty. Untuk musim 2022, terdapat beberapa pilihan warna baharu yang diperkenalkan untuk kedua-dua model tersebut. Spesifikasi teknikal bagaimanapun masih sama, tiada sebarang perubahan terbaharu.
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” 2021 kini di pasaran Malaysia, harga RM 85,500.00
Model terbaharu BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” 2021 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan tanda harga sebanyak RM 85,500.00. Model tersebut hadir dengan skim warna hitam dan kuning, bagi memperingati sejarah 40 tahun model GS. Warna yang digunakan adalah sama dengan warna model ikonik BMW R 100 GS.






