Pada tarikh 20hb. Mei 2022 yang lepas, BMW Motorrad rasmi memperkenalkan model edisi istimewa BMW M 1000 RR 50 Years M 2022. Diasaskan daripada model BMW M 1000 RR, ianya tampil dengan skim warna Sao Paulo Yellow serta kemasan emblem 50 Years BMW M yang bersejarah. Pengenalan model berkenaan menandakan sambutan ulangtahun buat kali yang ke-50 untuk divisyen permotoran BMW M (1972 – 2022).
BMW M 1000 RR 50 Years M ini didatangkan standard dengan M Competition Package. Sebagai tambahan, ianya juga dilengkapi dengan M milled parts package dan M carbon package, dan termasuklah lengan ayun aluminium yang serba ringan (lighter swingarm in silver anodised aluminium). Kelengkapan standard yang lain ialah unlock code untuk M GPS laptrigger, M Endurance chain, pillion package, dan juga pillion seat cover.
Kental dengan DNA perlumbaan BMW M yang penuh bersejarah, BMW M 1000 RR 50 Years M 2022 dalam edisi terhad ini boleh ditempah bermula antara 21 Mei sehingga 30 November 2022. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak $36,995.00, iaitu bersamaan nilai RM 162,445.05 mengikut kadar semasa. Untuk peminat setia BMW Motorrad dan divisyen perlumbaan BMW M, M 1000 RR 50 Years M ini pasti tidak akan dilepaskan.


















