
Selepas ditayangkan sempena Mforce MotoXperience 2026, prototaip skuter adventure SWM SC250X kembali muncul di Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor 2026).
Kali ini, ada beberapa perbezaan diketengahkan untuk skuter yang pernah jadi bualan ramai beberapa bulan lalu.


Pertama, nama model itu dikenali sebagai SWM 255XT (atau Xinyuan 255XT). Belum disahkan adakah ini nama rasminya atau nama akan digunakan di China sahaja.
Kedua, ada beberapa pilihan enjin akan dibangunkan untuk skuter membabitkan kapasiti 200cc sehingga 300cc.
Ketiganya, ada beberapa spesifikasi penting yang ada pada skuter itu didedahkan kepada pengunjung menerusi pembentangan di CIMA Motor 2026. Berikut ialah data yang dikongsikan:

- Enjin 2 silinder sebaris 249.6cc dengan 8-injap (4 setiap satu silinder) aci engkol (crankshaft) 180º dengan sistem penyejukan cecair. Tiada maklumat sama ada DOHC atau SOHC.
- Beberapa komponen penting dalaman enjin mendapat salutan DLC (Diamond like Carbon) untuk menguatkan komponen tersebut dan mengurangkan kesan rintangan.
- Output kuasa ialah 20.5kW (anggaran 27.5hp) pada 8,000rpm dengan tork puncak 23Nm pada 6,500rpm.
- Sistem transmisi jenis CVT dengan pacuan rantai ke roda belakang.
- Enjin diposisikan di tengah skuter, berasingan dengan swing arm. Ini membolehkan skuter itu mencapai agihan berat pada nisbah hampir 1:1.
- Casis skuter meniru idea motosikal off-road dengan frem diperbuat daripada keluli rintangan tinggi.
- Fork depan jenis terbalik (USD). Sistem suspensi belakang jenis multi-link dengan monoshock (absober tunggal).
- Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang, setiap satu dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
- Berat kasar 185kg dan tinggi tempat duduk cuma 795mm.
- Tangki minyak 13 liter.
- Rim multi-jejari 17 inci depan dengan tayar 120/70 dan 15 inci belakang berbalut, tayar saiz 160/60. Laporan mengatakan tayar digunakan jenis all-terrain.
- Meter jenis digital berwarna namun tidak dapat disahkan jenis TFT atau LCD.
- Sistem pencahayaan LED penuh.
Artikel CIMA Motor 2026
- CIMA Motor 2026: Ada apa dengan skuter prototaip ZXMOTO 250T ADV?
- CIMA MOTOR 2026: Honda CB250SS Concept jadi model tarikan orang muda di China?
- CIMA Motor 2026: ZXMOTO 600V debut di China, guna enjin V-Twin buatan LONCIN?
- CIMA MOTOR 2026: Zhang Xue umum ketibaan supersport perdana ZXMOTO 820RR-RS
- CIMA Motor 2026: ZXMOTO 820RR-RC Track Edition debut di China




















