Skuter 2 Silinder 250cc SWM SC250X masuk Malaysia tahun depan?

swm sc250x

Seperti kita tahu, prototaip skuter SWM SC250X ada dibawa ke Malaysia oleh Mforce Bike Holdings (Mforce) untuk tontonan awal ketika Mforce MotoXperience 2026.

Dan ada yang bertanya… apa cerita skuter ini? Bila akan masuk Malaysia? Bila boleh tempah? Dan bermacam soalan lagi.

Dua wakil pengurusan tertinggi Mforce berkongsi maklumat terbaharu tentang skuter dua silinder 250cc dengan pacuan rantai ini termasuk video menunjukkan SWM SC250X diuji di China.

Pengurus Unit Penyelidikan dan Pembangunan Produk Mforce, Omar Yani Othman dalam satu rakaman video menyatakan unit SWM SC250X akan dibawa ke Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Berdasarkan pemahaman kami, unit itu adalah untuk tujuan ujian di Malaysia oleh pihak R&D Mforce untuk memastikan keseluruhan skuter itu sesuai untuk kegunaan di negara ini.

Jualan atau pelancaran skuter SWM SC250X di Malaysia dijangka pada tahun 2027? Ini video perkongsian maklumat ringkas daripada Tuan Omar:

Artikel Berkaitan:

Galeri Gambar SWM SC250X di Malaysia