Mforce.Cas belum tamat, insentif rebat RM2,400 masih ada sehingga 31 Julai 2026

Tahukah anda, Mforce Bike Holdings (Mforce) sudah melanjutkan tempoh insentif rebat RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik?

Ya, itu adalah perkembangan terbaharu menerusi satu pengumuman di laman sosial Mforce semalam. Jika diikutkan, ini adalah kali kedua program insentif ini dilanjutkan.

mforce cas lanjutan tarikh kedua

Senarai Model

 Perlu diketahui bahawa insentif ini hanya untuk skuter elektrik bawah edaran Mforce dan membabtikan tiga jenama kali ini iaitu YADEA, QJMOTOR dan ZEEHO.

Berikut ialah model tersenarai dalam program Mforce.Cas kali ini: