Modenas umum 3 warna baharu Elegan EX 250 edisi 2026, percuma kotak atas GIVI

Modenas akan memperkenalkan varian terbaharu Modenas Elegan EX 250 edisi 2026 dengan tiga warna pilihan iaitu Light Sage Green (hijau), Matte Brown (coklat) dan Bright Grey Blue (biru).

Malah pengguna yang membeli skuter itu akan terima hadiah percuma berupa kotak atas (top box) GIVI bernilai RM500. Ini adalah ruang simpanan tambahan selain bawah pelana.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan menjelaskan varian skuter diperbaharui itu mencerminkan fokus syarikat untuk menawarkan produk praktikal yang memenuhi keperluan penunggang.

Beliau berkata:

“Elegan EX 250 direka untuk pelanggan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan sifat versatil dalam pengalaman tunggangan harian mereka. Menerusi gayaan lebih segar serta kotak simpanan atas GIVI percuma, kami menyediakan lebih banyak kemudahan dan nilai pemilikan yang lebih tinggi sebaik sahaja pelanggan terima skuter mereka.”

“Ruang simpanan tambahan membuatkan Elegan EX 250 lebih sesuai untuk penunggang yang menggunakan skuter mereka untuk pelbagai tujuan sepanjang minggu, sama ada untuk ulang-alik dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh,”

Perlu diingatkan, promosi kotak percuma GIVI itu tertakluk kepada terma dan syarat serta bekalan stok sedia ada.

Artikel Berkaitan