
Moto Guzzi mempertontonkan model terbaharu mereka yang dipanggil The Trip 500, dikatakan tergolong dalam kelas 500cc dan menawarkan kuasa sekitar 48hp daripada enjin dua silinder sebarisnya.
Jentera roadster itu dilaporkan seberat 180kg dan memiliki tempat duduk setinggi 790mm. Model ini akan dipamerkan di Pameran Motor Milan 2026 (EICMA) tidak lama lagi.

Laporan juga menyatakan model generasi baharu ini akan ditawarkan di Eropah seawal tahun 2027. Spesifikasi penuh dan harga dijangka diumumkan di EICMA 2026 nanti.
Ini adalah beberapa perincian Moto Guzzi The Trip 500:
- Motosikal generasi baharu Moto Guzzi yang menggunakan konfigurasi dua silinder sebaris, bukannya enjin V-Twin seperti model-model sebelumnya.
- Ada lampu DRL LED mirip burung helang yang mengembangkan sayapnya.
- Lampu depan berbentuk bulat dengan pencahayaan LED penuh.
- Meter TFT berwarna 3.6 inci dan boleh disambung kepada telefon pintar.
- Fork depan jenis USD, sistem monoshock di belakang.
- Bar pembonceng jenis terpisah.
- Tangki minyak 15 liter.
- Tempat duduk ada sulaman The Trip.
- Sistem pacuan akhir jenis rantai.
- Menggunakan pendikit inyak (throttle) ride-by-wire.
- Ada tiga mode tunggangan iaitu Road, Sport dan Rain.
- Tiga warna pilihan iaitu hitam Black Metropolis, hijau Green Grove dan merah Red Beat.
- Suiz kawalan butang ada latar pencahayaan.




