
YADEA Malaysia menambah model skuter elektrik penuh ketiga ke pasaran Malaysia iaitu YADEA Velax. Dua model sebelum ini ialah YADEA E8S Pro dan YADEA GT20.
Satu perkara yang bagus ialah YADEA Velax tersenarai dalam program MARiiCAS dan pemohon yang layak akan dapat menikmati potongan harga badan sebanyak RM2,400 daripada harga badan asal.
YADEA Velax ditawarkan dengan harga badan RM7,099 dan masih merupakan skuter elektrik mampu milik berbanding jenama EV lain yang boleh dipercayai.
Satu perkara yang membuatkan YADEA Velax lebih unik ialah skuter ini tak nampak macam skuter elektrik lain. Rupanya lebih kepada skuter petrol biasa tapi dipacu unit motor elektrik.
Model ini sudah memasuki pasaran Vietnam dan Indonesia. Jadi apa yang kami tahu tentang YADEA Velax ialah:
- Tiga warna pilihan iaitu kelabu, hitam dan biru
- Menggunakan sistem pencahayaan LED penuh
- Sistem skuter boleh diaktifkan melalui beberapa cara dengan AIGO: EasyGo seperti Bluetooth, alat kawalan jauh dan aplikasi telefon pintar.
- Unit motor 2,000W dengan kuasa maksimum 3,200w
- Bateri 27V 30ah.
- Tork 172Nm
- Cas penuh boleh jalan sejauh 105km
- Masa mengecas ialah 6 jam dari kadar 0 peratus hingga 80 peratus. Cas penuh ialah 8 jam
- Rim aloi 14 inci dengan tayar depan 90/90 dan belakang 100/90.
- Dilengkapi sistem CBS (sistem brek gabungan atau kombi)
- Sistem absober berkembar belakang yang boleh laras 5-tahap
- Panjang: 1,944mm
- Lebar: 704mm
- Tinggi: 1,097mm
- Ketinggian pelana 760mm
- Berat skuter dengan bateri 110kg. Berat tanpa bateri 92kg
- Boleh redah kedalaman air 300m dan memiliki penarafan kalis air IPX7
- Ada gear undur
- Dua mod iaitu Sport dan Eco
- Ada soket USB Type A































