EICMA 2026: BENDA Motorcycle bakal pamerkan 9 model baharu di Milan

EICMA 2026: BENDA Motorcycle 9 model bakal lancar

BENDA Motorcycle akan menayangkan barisan baharu motosikal dan kenderaan empat roda powersport mereka sempena Pameran Motor Milan (EICMA) 2026.

Mendukung tema The Unexpected, Realised, acara di pentas akan dihoskan Gavin Emmett bersama para pereka BENDA Motor Europe.

BENDA Motorcycle menyatakan penampilan tahun ini menandakan peringkat seterusnya untuk perjalanan jenama mereka, realisasi idea, rekaan dan cita-cita BENDA untuk menawarkan produk lebih relevan untuk penunggang Eropah.

Antara model yang akan kembali ke EICMA 2026 ialah BENDA Dark Flag 950 dan BENDA Rock 707 serta jentera BENDA P51 dengan enjin boxer hibrid dengan warna badan baharu.

Tahun ini juga akan menyaksikan BENDA menyajikan sembilan model baharu di EICMA 2026. Ini membabitkan lima model motosikal dan empat model powersports (4 roda).

Motosikal baharu yang akan dipamerkan ialah:

  • BENDA Capra 700
  • BENDA Vinster 700
  • BENDA Vinster X 700
  • BENDA Dark Flag 600 Ultra EC
  • Satu model misteri dalam kategori komuter bandar

Model Powersports pula:

  • Supernovae 1000 versi kabin penuh
  • Prototaip Redstone 350
  • Redstone 850
  • Nanuq 300

Maklumat diterima mendakwa model-model yang dipamerkan nanti menandakan langkah BENDA memasuki tiga kategori baharu di Eropah. Dan tiga produk baharu itu direka oleh pereka Eropah khas untuk pengguna Eropah.

Artikel: BENDA P51 Concept muncul di Majlis Sambutan MForce Top 68 Dealer’s Award di China