CFMOTO 500SR lancar sempena MotoGP Malaysia 2026, harga badan RM29,988

Model misteri CFMOTO yang ditunggu-tunggu pengunjung MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ialah sportbike CFMOTO 500SR.

Hadir dengan dua warna pilihan iaitu Galaxy Gray dan Nebula White, model CFMOTO 500SR ditawarkan pada harga badan RM29,988 seunit.

Harga itu sama seperti jentera pesaing senegara, ZXMOTO 500RR (harga RM29,988) namun setiap satu model sudah tentu ada peminat tersendiri.

CFMOTO 500SR dipacu enjin 4-silinder sebaris DOHC dan dilengkapi sistem pengambilan udara Ram Air yang boleh melonjakkan dos kuasa 58kW pada 12,500rpm sehingga 61kW (bantuan Ram Air).

Daya kilas atau tork puncaknya 49Nm pula dinikmati pada 10,000rpm. Kapasiti enjinnya 500cc yang menerima hantaran bahan api menerusi suntikan terus (FI) dan kepanasan enjin dikekalkan stabil melalui kaedah sejukan cecair.

Rekaan bentuknya agak unik dalam kelas sportbike 500cc dengan penampilan agresif tersendiri, sarat dengan garisan badan sehingga ekor belakang. Ini perincian lain:

  • Transmisi manual 6 kelajuan siap dengan Slipper Clutch dan Quick Shifter sehala (upshift).
  • Rim aloi 17 inci dengan padanan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm boleh laras prabeban dan lantunan.
  • Sistem monoshock belakang jenis multi-link, juga boleh laras sepenuhnya.
  • Brek depan cakera berkembar 300mm dengan kaliper Nissin 4 piston (opposed).
  • Brek belakang cakera tunggal 220mm dengan kaliper satu piston (floating).
  • Ada sistem brek ABS dengan mode Supermoto.
  • Ada Teknologi Cengkaman (TCS) dua tahap, boleh dipadamkan jika mahu.
  • Ada Steering damping (24 tahap boleh laras).
  • Lampu henti kecemasan (ESS).
  • Sistem TPMS.
  • Ada sokongan Over-the-air (OTA).
  • Ada USB Type-A dan Type-C.
  • Meter 6.2 inci Ultra HD TFT yang sokong MotoPlay.
  • Sistem pencahayaan LED penuh.
  • Ada grip pemanas sehingga 5 tahap.
  • CFMOTO 500SR (2026) memiliki ukuran panjang 2,030mm, lebar 705mm dan tinggi 1,185mm.
  • Jarak roda pula 1,395mm.
  • Tinggi pelana 790mm.
  • Berat motosikal ialah 192kg.
  • Tangki minyak 15.5 liter.

Artikel Berkaitan:

Galeri Gambar CFMOTO 500SR