
CFMOTO Malaysia memuat naik sekeping foto di Facebook mereka semalam memaparkan bahagian ekor sebuah motosikal dengan kapsyen berikut:
“A new experience is coming. Awaken DUAL.”
Imej yang dikongsi itu menandakan ada model terbaharu CFLITE akan membuat kemunculan di Malaysia tidak lama lagi.
Melihat pada profil tayar belakang, ini sudah tentu versi CFLITE 250 Dual (atau CFMOTO 250 Dual Lite) yang pernah kami saksikan di China kira-kira dua bulan lalu.
Jika model CFLITE 250 Dual ini tiba, maka penungguna Malaysia sudah memiliki 3 produk berbeza bawah sub jenama CFMOTO dengan harga badan bawah RM10,000!
Ini senarai model CFLITE lain:
- CFMOTO 250NK Lite: RM9,888
- CFMOTO 250SR Lite: RM9,988
Persoalan berapa harga badan motosikal dwi-kegunaan ini masih menjadi tanda tanya tetapi apa yang pernah dimaklumkan ialah paras harga bawah RM10,000.
SPESIFIKASI
Memandangkan model ini akan dilancarkan tidak lama lagi, kami kongsikan spesifikasinya:
- Pilihan warna disediakan ada tiga iaitu Tundra Grey (kelabu), Lime Green (hijau) dan Polar White (putih).
- Meter digital
- Lampu LED untuk lampu depan, lampu DRL, lampu signal depan-belakang dan lampu brek.
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC dengan penyejukan cecair (liquid cooled).
- Gerek x lejang: 72mm × 61.2mm
- Ada versi karburator dan versi suntikan bahan api (EFI)
- Kuasa maksimum: 18kW @ 8,000гpm (24hp).
- Tork puncak: 22.5Nm @ 7,000rpm
- Nisbah mampatan: 11.3:1
- Tiada info rasmi tentang kotak gear selain jenis klac manual. Besar kemungkinan ia kekal dengan 6-kelajuan.
- Panjang 2,120mm
- Lebar 910mm
- Tinggi 1,225mm
- Jarak roda 1,415mm
- Tinggi tempat duduk 840mm
- Jarak bumi 245mm
- Frem jenis tiub keluli
- Fork depan teleskopik USD, travel 160mm
- Suspensi belakang monoshock, travel 38mm
- Brek cakera tunggal 265mm (depan) dengan kaliper 2-piston jenis floating
- Brek cakera tunggal 220mm (belakang), kaliper 1 piston
- Rim depan jenis spoked WM1.85×21
- Rim belakang MT2.5×18
- Tayar depan 80/100-21 M/C 51P
- Tayar belakang 120/80-18 M/C 62P
- Tangki minyak 13 liter
- Berat kasar 154kg
- Ada teknologi brek ABS dwi-saluran
- Tiada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS)
ARTIKEL BERKAITAN
- CFMOTO dan CFLITE: Apa beza dua jenama motosikal ini?
- Motosikal CFLite 250 Dual (2025) ada 2 versi, ada potensi masuk Malaysia?
- CFMOTO 230 Dual Lite: Ada potensi motosikal dwi-kegunaan ini masuk pasaran Malaysia?
- CFLITE 250Dual Concept dipamer di Mexico
- CFLITE 230Dual (2025) dilancarkan di Filipina, anggaran harga RM7,670
- CFLITE 250NK lancar di Mexico dan ini spesifikasi ikut buku manual
- CFMOTO 250SR Lite akan lancar di Litar SIC sempena MotoGP Malaysia, harga bawah RM10,000
- CFMOTO 250NK LITE akan datang Malaysia dengan harga bawah RM10,000!
- CFMOTO 250SR Lite (2025) akan masuk Malaysia, harga badan pun bawah RM10,000?

