CFLITE 230Dual (2025) dilancarkan di Filipina, anggaran harga RM7,670

Sambil kita tunggu hari pelancaran motosikal CFLITE 250NK di Malaysia. Tapi di Filipina semalam, mereka sudah menyaksikan ketibaan model motosikal CFLITE 230Dual.

CFLITE 230Dual ialah motosikal dual-purpose (dwi-kegunaan) yang nampak sesuai digunakan di jalan berturap (on-road) dan off-road.

Yang menjadikan model ini semakin menarik ialah harga badan CFLITE 230Dual iaitu 99,000 Peso Filipina (PHP) dan kalau dikira-kira dalam matawang Malaysia – sekitar RM7,670 tapi harga ini bukan rasmi di Malaysia.

Kalau berminat nak tau apa beza CFLITE dan CFMOTO, cerita ada dalam link ini.

Belum ada maklumat penuh tentang spesifikasi CFLITE 230Dual tapi ini ada beberapa info yang didatangkan dengan motosikal itu.

  • Warna pilihan ada dua iaitu Tundra (kelabu) dan Zephyr (biru)
  • CFLITE 200Dual guna enjin 4-strok satu silinder 229cc dengan karburator. Guna penyejukan udara dan kuasanya ialah 14hp (10.5kw) pada 7,000rpm.
  • Tempat duduk 840mm dan jarak dari bumi 210mm.
  • Tangki minyak 12 liter.
  • Tayar depan 80/100 – 21 dan tayar belakang 120/80 – 18.
  • Fork teleskopik biasa dan monoshock.
  • Brek cakera depan-belakang.
  • Meter LCD dan lampu jenis halogen.
  • Berat sekitar 155kg

ARTIKEL BERKAITAN:

Sumber