
ZONTES 150X sudah melangkah masuk ke pasaran Thailand dan kedatangan model ini dikhabarkan boleh ‘ubah kedudukan’ pemain-pemain popular dalam segmen 150cc di situ.
Sebabnya, ZONTES 150X dikatakan satu pakej yang boleh dikatakan serba lengkap dan mampu tarik minat bakal pembeli generasi baharu terutamanya Gen Z.
Berapa Harga ZONTES 150X?
Harga ZONTES 150X di Thailand ialah 74,800 baht (anggaran RM9,088).
Tag harga lebih rendah ini membantu skuter jenama China ini dapat bersaing rapat dengan beberapa pencabar dari Jepun yang ada di Thailand.
Warna Pilihan ZONTES 150X
Ada tiga warna dipaparkan iaitu Shadow Black, Metal Green dan Ginger Desert Brown.
Apa menarik tentang ZONTES 150X?
ZONTES 150X ini digambarkan sebagai satu pakej serba lengkap kerana dilengkapi banyak ciri moden dan juga ciri biasa yang ada pada skuter kelas 250cc di negara jiran.
Ini antaranya:
- Enjin 149.5cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api Bosch. Blok silinder aluminium (sleeveless) dan piston tempaan.
- Kuasa 17.7hp pada 8,700rpm dan tork puncak 15.5Nm pada 6,500rpm. Nisbah mampatannya 12.5: 1.
- Data di atas nampaknya sudah mendahului beberapa model skuter popular di Thailand.
- Frem aluminium aloi 8.5kg. Ada jaminan seumur hidup tapi tertakluk terma dan syarat.
- Ini membantu berat kering skuter jadi 108kg. Frem ringan mudahkan aspek kawalan dan pengendalian skuter.
- Tinggi tempat duduk 770mm.
- Lubang angin masuk ke sistem penapis udara (air filter) diposisikan lebih tinggi. Ini untuk kurangkan habuk masuk dalam sistem serta panjangkan hayat penapis udara.
- Tangki minyak 11 liter. Satu tangki penuh boleh capai jarak tunggangan sehingga 500km.
- Ruang simpanan bawah tempat duduk memang besar, boleh muatkan 2 topi keledar.
- Ada ruang simpanan poket depan (kiri dan kanan).
- Sistem lampu LED penuh dengan empat unit projektor (lampu depan). Ada lampu DRL berbentuk huruf ‘X’.
- Meter TFT 5 inci berwarna boleh sambung dengan telefon pintar (Bluetooth) dan boleh buat mirroring untuk navigasi atau tontonan video.
- Boleh bersambung dengan aplikasi ZONTES SMART App.
- Ada pengecas pantas USB Type-C.
- Ada Sistem Idle Stop (Sistem Mula-Henti).
- Ada TPMS (Sistem Pemantauan Tekanan Tayar).
- Ada TCS (Sistem Kawalan Cengkaman).
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Brek cakera roda depan 230mm, roda belakang 220mm.
- Absober belakang boleh laras 5 tahap.
- Tayar skuter jenis Michelin City Grip.
- Rim 14 inci tayar 110/70 (depan), rim 13 inci tayar 130/70 (belakang).
- Jaminan diberi 5 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu).



















