2 Interkom ASMAX masuk pasaran Malaysia siap ada versi edisi terhad

NKS Distributors selaku pengedar eksklusif peranti interkom komunikasi jenama ASMAX memperkenalkan barisan produk terbaharu untuk pasaran Malaysia.

Produk tersebut ialah dua model baharu iaitu ASMAX Future 1 dan ASMAX F1 Pro Max flagship serta interkom edisi terhad ASMAX Future 1 x EVAR Edition.

Sesi pengenalan produk dibuat premis Takong Racing di Cheras, Selangor baru-baru ini yang dihadiri kumpulan media serta pelanggan yang membuat pembelian awal interkom ASMAX.

ASMAX Future 1

ASMAX Future 1 sebagai sistem komunikasi moden dan serba boleh yang memenuhi keperluan harian penunggang.

Future 1 diposisikan sebagai pilihan ideal untuk penunggang harian, kumpulan penunggang besar, sekolah menunggang, serta penggemar touring.

  • Sambungan Bluetooth stabil untuk komunikasi antara penunggang
  • Audio jelas yang dioptimumkan untuk keadaan tunggangan sebenar
  • Serasi dengan telefon pintar dan peranti GPS
  • Teknologi pengurangan bunyi untuk perbualan yang lebih jelas
  • Hayat bateri tahan lama untuk kegunaan harian dan jelajah jauh
  • Rekaan tahan cuaca, sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia
  • Disahkan untuk pematuhan pasaran tempatan
  • Waranti 2 Tahun untuk semua model

ASMAX F1 Pro Max

ASMAX F1 Pro Max ini adalah model flagship ASMAX yang direka khas untuk penunggang yang mahukan prestasi maksimum, jarak komunikasi lebih jauh serta kualiti audio premium.

F1 Pro Max disasarkan kepada penunggang yang mahukan speaker dengan kualiti bunyi terbaik, jurulatih menunggang serta komuniti penunggang profesional yang perlukan alat komunikasi dan audio tanpa gangguan sepanjang masa.

  • Komunikasi dengan jarak lebih luas untuk kumpulan penunggang motosikal yang lebih besar dengan mod ASMAX Cloudtalk. Ini menyokong sehingga 50 penunggang dengan jarak tanpa had.
  • Kestabilan kestabilan signal dipertingkatkan untuk persekitaran tunggangan yang kompleks.
  • Talaan audio premium untuk penghantaran suara yang lebih jelas.
  • Kapasiti bateri dinaik taraf untuk tunggangan sepanjang hari dan jarak jauh.
  • Kualiti binaan lebih kemas dan premium.

ASMAX Future 1 x EVAR Edition

ASMAX Future 1 x EVAR Edition

Untuk mereka yang inginkan interkom lebih eksklusif, mungkin ASMAX Future 1 x EVAR Edition ini patut anda tinjau. Alat ini adalah edisi terhad menerusi satu hasil kolaborasi khas.

  • Rekaan penjenamaan bersama eksklusif EVAR
  • Unit terhad untuk pasaran Malaysia
  • Dibangunkan daripada platform ASMAX Future 1
  • Disasarkan kepada penunggang yang menghargai keunikan dan nilai koleksi