CFLITE 250Dual Concept dipamer di Mexico

CFLITE 250Dual ialah motosikal konsep yang ada dipamerkan pada majlis pelancaran siri CFLITE oleh CFMOTO di Mexico.

CFLITE 250Dual tergolong dalam kategori scrambler dan masih belum siap sepenuhnya semasa dibawa ke Mexico. Seluruh badan motosikal ini dibalut pelekat warna hijau yang dipenuhi tulisan CFLITE.

Apa yang kami ketahui ialah mungkin ada dua versi CFLITE 250Dual akan dihasilkan iaitu:

  • varian suntikan bahan api elektronik (EFI) dengan sistem brek ABS
  • varian karburator tanpa brek ABS

Apa lagi yang kami tahu ialah:

  • Motosikal CFLITE 250Dual memiliki data kuasa macam siri CFMOTO 250cc (macam CFLITE 250NK) dengan kuasa 20.5kw (27.5hp) @ 9,750rpm dan tork 22Nm @ 7,500rpm.
  • Enjin CFLITE 250Dual diberikan jenis 4-strok satu silinder 249cc dengan penyejukan cecair (liquid cooled).
  • Fork teleskopik Upside Down dan monoshock.
  • Ada hand guard dan engine cowl.
  • Di Mexico, 250Dual ditambah crash bar.
  • Lampu depan projector dan lampu signal LED.
  • Brek cakera depan dengan kaliper 2 piston
  • Brek cakera belakang kaliper satu piston
  • Ada rak belakang