CFMOTO 250SR Lite akan lancar di Litar SIC sempena MotoGP Malaysia, harga bawah RM10,000

CFMOTO 250SR LITE (2025) Malaysia

Penantian bakal berakhir?

CFMOTO Malaysia dikhabarkan akan melancarkan sportbike terbaharu mereka di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena MotoGP Malaysia 2026 pada 25 Oktober ini.

Maklumat awal diterima mengesahkan sportbike asas itu akan dilancarkan dengan harga badan bawah RM10,000… mengikuti jejak sama seperti versi naked 250NK Lite.

Sportbike 250cc tapi jual macam setara harga kapcai popular 150cc? Apa CFMOTO Malaysia fikirkan?

Apapun jawapan mereka…. ini satu peluang baik untuk peminat miliki sportbike dengan harga tidak membebankan mereka.

Berdasarkan maklumat promosi kedai pengedar, sekurang-kurangnya dua warna akan ditawarkan di Malaysia iaitu merah dan biru.

ARTIKEL LAIN

SPESIFIKASI

Spesifikasi CFMOTO 250SR Lite mungkin sama seperti 250NK Lite. Ini juga apa kami ramalkan:

CFLITE 250SR EFI ABS
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,750rpm (27.5hp)
Tork maksimum22Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik biasa 37mm
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17
Brek depanCakera 292mm, kaliper 2 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang2,010 mm
Lebar750 mm
Tinggi1,080 mm
Jarak dari bumi135 mm
Jarak roda1,360 mm
Tinggi tempat duduk780 mm
Tangki minyak12 liter
Berat kasar165kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu depan-belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang