Motosikal CFLite 250 Dual (2025) ada 2 versi, ada potensi masuk Malaysia?

Kami sudah menyiapkan artikel tentang tiga motosikal dalam siri CFLite iaitu naked bike 250NK Lite, sportbike 250SR Lite dan motosikal dwi-kegunaan 230 Dual Lite.

Kini tiba giliran model keempat dalam siri motosikal subjenama CFMOTO iaitu CFLite 250 Dual yang pernah dipertonton di Mexico suatu ketika dulu.

Walaupun kru kami belum menemui apa-apa pengumuman rasmi mengenai pelancaran model ini, data teknikal dan spesifikasinya sudah tersedia ada untuk dikongsi.

PERINCIAN & SPESIFIKASI

  • Ada dua varian CFLite 250 Dual iaitu jenis Karburator dan teknologi sistem suntikan bahan api (EFI).
  • Pilihan warna disediakan ada tiga iaitu Tundra Grey (kelabu), Lime Green (hijau) dan Polar White (putih).
  • Meter digital
  • Lampu LED untuk lampu depan, lampu DRL, lampu signal depan-belakang dan lampu brek.
  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC dengan penyejukan cecair (liquid cooled).
  • Gerek x lejang: 72mm × 61.2mm
  • Ada versi karburator dan versi suntikan bahan api (EFI)
  • Kuasa maksimum:  18kW @ 8,000гpm (24hp).
  • Tork puncak:  22.5Nm @ 7,000rpm
  • Nisbah mampatan: 11.3:1
  • Tiada info rasmi tentang kotak gear selain jenis klac manual. Besar kemungkinan ia kekal dengan 6-kelajuan.
  • Panjang 2,120mm
  • Lebar 910mm
  • Tinggi 1,225mm
  • Jarak roda 1,415mm
  • Tinggi tempat duduk 840mm
  • Jarak bumi 245mm
  • Frem jenis tiub keluli
  • Fork depan teleskopik USD, travel 160mm
  • Suspensi belakang monoshock, travel 38mm
  • Brek cakera tunggal 265mm (depan) dengan kaliper 2-piston jenis floating
  • Brek cakera tunggal 220mm (belakang), kaliper 1 piston
  • Rim depan jenis spoked WM1.85×21
  • Rim belakang MT2.5×18
  • Tayar depan  80/100-21 M/C 51P
  • Tayar belakang 120/80-18 M/C 62P
  • Tangki minyak 13 liter
  • Berat kasar 150kg (kalau ikut piawaian Euro 5+, berat kasar 154kg)
  • Ada teknologi brek ABS untuk varian EFI sahaja
  • Tiada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS)

Ada potensi model ini ditawarkan di Malaysia? Mungkin ya, sebab ada beberapa jenama lain turut menjual scrambler 250cc di sini. Tawaran terbaru sudah tentu Modenas dengan model KLX 230.