CFMOTO dan CFLITE – Apa beza dua jenama motosikal ini?

CFMOTO dan CFLITE ada perbezaan yang ketara. Bukan hanya beza nama tapi komponen motosikal, siapa sasaran pembeli dan pasaran mana patut jual siri CFLITE.

CFLITE ini ialah satu sub-jenama baru di bawah CFMOTO yang motosikal yang guna lencana CFLITE ini jenis motosikal asas atau entry level dengan harga lebih rendah atau mampu milik.

Walaupun tak sama komponen digunakan untuk CFMOTO dan CFLITE, pengeluar motosikal dari China itu mengatakan kualiti dan prestasi komponen masih sama.

CFLITE ini dikeluarkan untuk generasi muda dan penunggang motosikal yang nak gaya dan nilai dari sesuatu motosikal berprestasi.

Sub-jenama CFLITE ini dilancarkan di Mexico pada Oktober 2024. Mengapa Mexico? Sebabnya pengguna di Mexico memang sukakan motor berkapasiti kecil.

Semasa pengenalan jenama CFLITE, ada empat motosikal dipamerkan kepada media-media antarabangsa yang dijemput ke Mexico dan ini model motosikal tersebut:

  • Sportbike 250SR LITE
  • Naked bike 250NK LITE
  • Model off-road CFLITE Dual 200
  • Model konsep CFLITE Dual 250

Sebab apa CFMOTO perkenalkan rangkaian produk sub-jenama ini dengan harga lebih murah?

Sebabnya mereka sedar wujudnya satu lompong (kekosongan) dan lompong ini suatu bahagian yang cukup penting untuk mana-mana pengeluar motosikal.

Lompong itu ialah produk motosikal entry level (model asas).

Produk entry level ini harus ada untuk orang muda dan komponen moden yang digunakan mesti setanding dengan harganya. Dan harga pun tidak membebankan sangat pembeli muda.