Honda UC3 (2026): Skuter elektrik masuk pasaran Thailand dan Vietnam…. Malaysia?

Honda akan memulakan jualan skuter elektrik Honda UC3 (2026) di dua negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam pada musim bunga yang dijangka bermula Mac ini.

Berdasarkan maklumat, Honda UC3 adalah setanding skuter petrol berkapasiti 110cc. Skuter elektrik UC3 sudah dihasilkan di kilang Thai Honda Co Ltd. sejak Disember 2025 dan akan dieksport ke Vietnam.

Namun, Honda juga ada rancangan untuk menghasilkan UC3 secara tempatan (CKD) di Honda Vietnam Co., Ltd. tahun ini.

UC3: PETANDA HALA TUJU HONDA?

Honda UC3 mencerminkan strategi mobiliti elektrik Honda. Pada masa sama, Honda juga sedang mengembangkan kemudahan infrastruktur pengecasan di kawasan bandar-bandar utama di dua negara berkenaan.

Honda UC3 akan menjadi skuter elektrik pertama yang disifatkan sebagai membantu menunaikan sepenuhnya janji global baharu Honda untuk bisnes motosikal elektrik.

Model ini dibangunkan berdasarkan konsep “Intelligent Urban Life Partner.”

Honda UC3 menawarkan nilai unik kepada pengguna mobiliti elektrik pada masa sama mengekalkan kualiti, kebolehpercayaan dan standard keselamatan yang dibina Honda.

REKA BENTUK HONDA UC3

  • Honda UC3 mengetengahkan rekaan moden dengan bentuk lengkungan dari depan hingga ke belakang.
  • Honda juga mengaplikasikan lampu jenis menegak (horizontal) yang pernah digunakan model Honda WN7.
  • Warna badan didominasi rona hitam dengan kemasan komponen berwarna emas.
  • Bahagian hadapan diserikan dengan fon baharu Honda yang direka khas untuk roda dua elektrik.

TRENKUASA HONDA UC3

  • Honda UC3 menggunakan bateri jenis litium ferum fosfat (LFP) jenis kekal (tidak boleh ditanggalkan).
  • Menggunakan seunit motor elektrik yang dihasilkan Honda dan dipasang pada hab roda belakang.
  • Motor elektrik menghasilkan kuasa maksimum 6.0kW dan juga memainkan fungsi kawalan regeneratif (janaan semula tenaga) dan menambah baik kecekapan litar magnet.
  • Honda UC3 boleh ditunggang sehingga jarak 122km setiap cas (kitaran WMTC Mode 1, nilai disahkan Thailand).

MOD TUNGGANGAN HONDA UC3

  • Ada tiga mod tunggangan disediakan iaitu Standard, Sport dan Econ untuk keperluan tunggangan permukaan jalan berbeza.
  • Mod undur  (reverse mode) turut disediakan untuk memudahkan parkir dan pergerakan kelajuan rendah di kawasan sempit.

JARAK TUNGGANGAN HONDA UC3

Honda UC3 menerapkan “CHAdeMO for two-wheelers” (untuk dua roda) iaitu standard pengecasan mengikut spesifikasi antarabangsa yang disyorkan Persatuan CHAdeMO.

Dua kaedah pengecasan disediakan iaitu :

KEMUDAHAN MENGECAS HONDA UC3

Honda akan mempercepatkan pembangunan kemudahan pengecasan di Thailand dan Vietnam untuk menyokong pelancaran skuter UC3.

Di Thailand, Honda akan meluaskan lagi stesen pengecasan CHAdeMO untuk kenderaan roda dua terutamanya di:

  • Kedai pengedar motosikal Honda
  • Pusat beli-belah
  • Di sekitar bandar Bangkok

Di Vietnam pula, kerja-kerja pemasangan sudah bermula dan stesen pengecas dijangka beroperasi pada Jun 2026 menerusi kedai-kedai pengedar motosikal honda di:

  • Hanoi
  • Bandar Raya Ho Chi Minh City
  • Da Nang

KEMUDAHAN ‘SWAP’ BATER HONDA UC3

Honda juga akan menambah baik ekosistem untuk skuter dan motosikal elektrik dengan sistem bateri boleh tukar (swappable) Honda Mobile Power Pack e: battery.

Firma motosikal itu juga merancang untuk meluaskan lagi pemasangan Honda e:Swap BATTERY STATION di pengedar-pengedar di Bangkok dan Hanoi.