CFMOTO 250SR Lite (2025) akan masuk Malaysia, harga badan pun bawah RM10,000?

CFMOTO 250SR Lite 2025 Malaysia

Sebelum ini, kami ada bercerita tentang subjenama CFLITE bawah CFMOTO dan juga laporan mengenai kedatangan serta pelancaran naked bike CFMOTO 250NK Lite dengan harga badan bawah RM10,000.

Sekarang sudah ada desas-desus tentang CFMOTO Malaysia mahu mengembangkan siri CFLITE dengan model motosikal sportbike CFMOTO 250SR Lite (2025).

Anggaran harga badan CFMOTO 250SR Lite mungkin juga bawah paras RM10,000….tapi ini cuma andaian kami. apapun tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.

Sama seperti CFMOTO 250NK Lite, model sportbike ini juga ada tiga versi iaitu:

  • 250SR Carburator – jenis karburator dan tiada sistem brek ABS
  • 250SR EFI – jenis suntikan bahan api tapi tiada sistem brek ABS
  • 250SR EFI ABS – jenis suntikan bahan api dan ada sistem brek ABS

Kalau diikutkan, besar kemungkinan sportbike 250SR versi EFI ABS untuk pasaran Malaysia. Andaian ini bersandarkan kepada trend 250NK Lite (naked bike) sebelum ini.

Spesifikasi CFMOTO 250SR Lite mungkin sama seperti 250NK Lite. Ini juga apa kami ramalkan:

CFLITE 250SR EFI ABS
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,750rpm (27.5hp)
Tork maksimum22Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik biasa 37mm
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17
Brek depanCakera 292mm, kaliper 2 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang2,010 mm
Lebar750 mm
Tinggi1,080 mm
Jarak dari bumi135 mm
Jarak roda1,360 mm
Tinggi tempat duduk780 mm
Tangki minyak12 liter
Berat kasar165kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu depan-belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang