CFMOTO 250SR Lite: Model kedua CFLite lancar dengan harga bawah RM10,000 di Malaysia

CFMOTO 250SR Lite

Satu lagi model 250cc diperkenalkan ke pasaran Malaysia dengan harga badan bawah RM10,000 di bawah rangkaian produk CFMOTO Malaysia.

CFMOTO Malaysia kini ada dua model produk yang ditawarkan dengan harga badan bawah RM10,000 iaitu satu versi naked dan satu lagi model sportbike.

CFMOTO 250SR Lite

Versi naked CFMOTO 250NK Lite (2025) sudah dilancarkan pada bulan Mei lalu dan Sabtu lepas, versi sportbike iaitu CFMOTO 250SR Lite diperkenalkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena MotoGP Malaysia 2025.

HARGA SIRI CFLITE

  • CFMOTO 250NK Lite (naked bike): harga asas RM9,888
  • CFMOTO 250SR Lite (sport bike): harga asas RM9,988
  • Beza RM100

Apa beza CFMOTO standard dan CFLite ada kami sediakan untuk rujukan. Untuk versi sportbike, CFMOTO Malaysia menyediakan tiga warna pilihan iaitu:

  • Nebula Black
  • Gem Black
  • Zephyr Blue

SPESIFIKASI CFMOTO 250SR Lite

CFLITE 250SR EFI ABS
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,750rpm (27.5hp)
Tork maksimum22Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik biasa 37mm
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17
Brek depanCakera 292mm, kaliper 2 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang2,010 mm
Lebar750 mm
Tinggi1,080 mm
Jarak dari bumi135 mm
Jarak roda1,360 mm
Tinggi tempat duduk780 mm
Tangki minyak12 liter
Berat kasar165kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu depan-belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang