CIMA Motor 2026: TARO Motor tayang skuter 2 silinder sebaris TARO ATS-400T

TARO Motor (juga dikenali dengan Tai Rong) mempertontonkan model skuter dua silinder sebaris terbaharu mereka semasa Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor 2026).

Model itu dipanggil ATS-400T. TARO Motor mengklasifikasi model ini sebagai ATS yang bermaksud All-Terrain Scooter.

Secara realitinya, itu cuma istilah kerana ATS ini ialah satu skuter adventure atau crossover baharu yang akan ‘berkawan’ dengan VOGE SR450X.

Adakah ATS-400T ini akan dibawa ke Malaysia dan menggunakan label lain?

Ada beberapa produk skuter asal TARO Motor dijenamakan semula (rebadge) dan diperkenalkan kepada pelanggan di Malaysia. Jadi, kemungkinan itu memang ada…. Aveta atau MODA?

Di bawah ini, kami akan kongsikan serba sedikit apa yang diketahui tentang skuter TARO ATS-400T:

  • Skuter ini dikatakan menggunakan hasil rekaan sendiri pihak TARO Motor, bukan tiru bulat-bulat mana-mana produk berjenama Jepun.
  • Lampu utama jenis projektor LED disusun secara bertingkat. Gaya macam model Suzuki dan KTM?
  • Ada lampu DRL dipasang mengeliling lampu depan. Lampu signal ditanam di sebelah sisi-bawah panel skuter.
  • Siap didatangkan bersama ada bar rempuh (crashbar) dan sepasang lampu kabus.
  • Instrumen meter jenis digital TFT berwarna yang diposisikan secara menegak macam motosikal adventure sebenar. Meter jenis skrin sesentuh (touch screen) dikhabarkan bersaiz 9 inci.
  • Ada kamera dashcam depan dan belakang. Siap ada radar pengesan (multi wave radar) di belakang… mungkin untuk tujuan pemantuan titik buta.
  • Sistem kekunci pintar yang menyokong NFC. Ada fungsi pemanas pemegang bar hendal dan tempat duduk. Tambahan lain ialah Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS).
  • Penghadang angin (wind shield) elektrik boleh dilaras dengan menekan butang.
  • Fork depan jenis terbalik (USD) jenama Marzocchi. Absober belakang jenis berkembar.
  • Rim multi jejari saiz 17 inci depan dan 14 inci belakang, berbalut tayar jenis semua permukaan (all-terrain) daripada jenama CST.
  • Rekaan konsol butang kawalan kiri dan kanan dikatakan ada iras-iras macam siri Zontes 368 (2026). Siap ada joystick kecil di sebelah kiri.
  • Enjin dua silinder sebaris 398cc 8 injap dengan sistem sejukan cecair, menghasilkan kuasa 30kW dan tork 42Nm.
  • Transmisi CVT dengan pacuan tali sawat.
  • Tangki minyak 17.5 liter dan jarak tunggangan satu isian petrol dikatakan 400km.
  • Jarak bumi 175mm dan jarak roda 1580mm.
  • Tinggi pelana 810mm dan berat kasar skuter 205kg!
  • Brek cakera tunggal 300mm depan dan 240mm di belakang, ada ABS dwi saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).

Gambar TARO ATS-400T