
Aveta Motor Malaysia mengumumkan tawaran satu model skuter baharu dalam keluarga Vanguard iaitu Aveta Vanguard 180 (2026) dengan dua varian pilihan iaitu Standard dan Explorer Pack.
Versi Explorer Pack didatangkan dengan dua aksesori tambahan iaitu kotak simpanan atas (top box) 46 liter dan bar rempuh (crash bar) serta pilihan satu warna pilihan iaitu putih (Frost White). Harga badannya RM9,698.

Varian Standard Aveta Vanguard 180 pula ada dua warna pilihan iaitu kelabu oren (Gray Sandstone) dan biru kuning (Neon Terrain). Harga badan murah RM300 berbanding Explorer Pack iaitu RM9,398 seunit.
Ini perincian Aveta Vanguard 180
- Enjin silinder tunggal 174cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 13.6kW @ 8,500rpm
- Tork puncak 17.2Nm @ 6,500rpm
- Transmisi CVT automatik pacuan tali sawat
- Fork teleskopik biasa, absober belakang jenis berkembar
- Rim depan 14 inci dengan tayar 100/80, rim belakang 13 inci tayar 130/70
- Cakera brek jenis tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman (TCS)
- Tangki minyak 10.5 liter
- Berat 142kg
- Panjang x lebar x tinggi: 1,970mm × 760mm × 1,280mm
- Tinggi pelana 780mm
- Jarak roda 1,375mm
- Jarak bumi 140mm
- Meter TFT 7 inci berwarna jenis sesentuh (touch screen)
- Ada soket USB Type-A dan Type-C
- Menggunakan sistem tanpa kekunci (keyless)





























