Aveta Vanguard 250 Limited Edition (2026) cuma 688 unit, harga badan RM17,188

Aveta Motor Malaysia mengumumkan satu lagi varian skuter Vanguard 250 untuk pasaran tempatan iaitu versi edisi terhad.

Dipanggil Aveta Vanguard 250 Limited Edition (LE), skuter ini dihadkan jumlahnya kepada 688 unit untuk seluruh negara.

Harga badan Aveta Vanguard 250 LE (2026) ialah RM17,188 iaitu lebih mahal RM500 berbanding Vanguard 250 versi dipertingkat (2026) yang dilancarkan pada 26 Februari lalu.

Sejarah Aveta Vanguard 250

Ada Apa dengan Aveta Vanguard 250 Limited Edition (2026)?

Kenaikan harga untuk Aveta Vanguard 250 LE bukan hanya disebabkan skim warna baharu. Harga naik disebabkan ada perubahan imej dan tambahan komponen skuter. Ini termasuk:

  • Rekaan bar hendal lebih sporty.
  • Pelekat badan logo Aveta berwarna hitam
  • Perehat kaki ada kemasan logam
  • Rim aloi hitam
  • Nombor siri
  • Warna badan Eclipse Blue

Spesifikasi masih kekal seperti Aveta Vanguard 250 SE sedia ada.

Galeri Gambar Aveta Vanguard 250 Limited Edition (2026)