Perbandingan: Beza harga RM100… nak pilih Aveta DY115 (2025) Standard atau DY115 (2025) SE?

Aveta DY115 ini adalah siri kapcai mampu milik yang dilancarkan Aveta Malaysia pada tahun lalu dengan dua versi pilihan iaitu Standard dan Special Edition (SE).

Apa yang ramai orang mungkin tidak sedar ialah harga untuk dua varian ini cuma berbeza RM100. Tapi banyak perbezaannya.

Sebelum cerita apa bezanya, kami kongsikan pilihan warna dan harga untuk Aveta DY115 Standard dan DY115 SE.

Pilihan Warna Aveta DY115 (2025)

  • Ada dua pilihan warna iaitu hitam dan biru muda.

Harga Aveta DY115 (2025)

  • DY115 SE: RM4,088
  • DY115 Standard: RM3,988

Harga badan Aveta DY115 (2025) ini tidak termasuk caj pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Ini Beza Aveta DY115 (2025) Standard dan SE

Walaupun harga badan berbeza RM100 antara model Aveta DY115 Standard (gambar kiri) dan SE (gambar kanan), banyak juga perbezaan antara dua varian ini. Ini senarai apa yang kali lihat:

Sistem Brek dan Rim Aloi

  • Aveta DY115 SE menggunakan brek cakera untuk roda depan (gambar kiri) dan brek dram untuk roda belakang. Rim digunakan jenis aloi dengan corak enam bilah.
  • Aveta DY115 Standard dipasang brek dram untuk kedua-dua roda. Rim aloi bercorak 12 bilah.

Jenis meter

  • Aveta DY115 SE dilengkapi meter digital jenis LCD.
  • Aveta DY115 Standard pula menggunakan meter konvensional jenis analog untuk meter laju dengan meter jarum untuk petunjuk minyak.

Warna Pelana

  • Aveta DY115 SE (kiri) didatangkan dengan balutan tempat duduk warna tunggal iaitu hitam.
  • Aveta DY115 Standard (kanan) nampak lebih klasik dengan menggunakan balutan dua warna untuk tempat duduknya.

Butang Konsol Kawalan

  • Aveta DY115 SE (gambar barisan atas) dilengkapi set butang lebih menarik dan kemas, semuanya berwarna hitam.
  • Aveta DY115 Standard (gambar barisan bawah) dipasang butang biasa, termasuk padanan merah untuk butang lampu signal dan pemula enjin.

Jaminan Aveta DY115 (2025)

  • Jaminan pengilang diberi ialah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

Perincian Aveta DY115 (2025):

  • Enjin silinder tunggal berkapasiti 113.3cc, menggunakan karburator dan kaedah penyejukan udara.
  • Kuasa maksimum 8.7hp @ 8,000rpm.
  • Tork puncak 9Nm @ 5,500rpm.
  • Ada butang pemula enjin dan penendang kaki (kick start).
  • Fork teleskopik biasa (depan), absorber berkembar (belakang).
  • Rim aloi 17 inci tayar 2.25 (depan) dan tayar belakang saiz 2.50.
  • Dimensi panjang 1,940mm, lebar 700mm dan tinggi 1,100mm.
  • Jarak roda 1,250mm.
  • Berat 91kg.
  • Tangki minyak berkapasiti 4.2 liter.
    Ada soket USB Type-A dan Type-C.

Galeri Gambar Aveta DY115 Standard

Berminat? Ada link sini untuk varian Standard: Shopee

Galeri Gambar Aveta DY115 SE

Berminat? Ada link sini untuk varian SE: Shopee