Zonsen sudah melancarkan skuter siri RT terbaru mereka iaitu Cyclone RT5 di China sekitar awal bulan ini. Ada tiga warna iaitu kelabu, perak dan hitam.
Menariknya, skuter terbaru 250cc ini didatangkan dengan banyak ciri baru dan menarik yang memberi lebih banyak kelebihan kepada Cyclone RT5 untuk terus berada di hadapan pesaingnya.

Apa yang Menarik Tentang Cyclone RT5?
Zonsen melengkapkan skuter ini dengan beberapa ciri dan komponen baru untuk memastikan Cyclone RT5 tiada masalah bersaing terutamanya dari Jepun.
Ini senarai ciri dan komponen baru yang ada pada Cyclone RT5:
- Wajah depan mendapat sentuhan baru yang lebih moden dengan gaya sport
- Lampu depan guna 4 projektor LED (quad lens)
- Penghadang angin (windshield) boleh laras secara elektrik (tekan butang)
- Cermin sisi boleh lipat menggunakan kuasa elektrik (tekan butang)
- Tongkat berkembar boleh naik turun dengan tekan butang (elektrik)
- Ada Sistem Pemantauan Titik Buta (Blind Spot) menggunakan sistem radar macam motosikal kuasa tinggi.
- Meter TFT berwarna
- Soket USB Type A dan Type C
- Ada ciri pemanas tempat duduk dan grip bar hendal
- Ada kamera pemuka (dashcam) depan-belakang
- Ada sistem pemantauan tekanan angin dalam tayar (TPMS)
- Ada Sistem Brek Antikunci (ABS) depan belakang dan Kawalan Cengkaman (TCS) boleh nyah aktif
- Tangki minyak 18 liter
Informasi terbaru menyatakan enjin XQ310 yang digunakan Cyclone RT5 adalah sama macam model RT3. Enjin ini dikatakan sudah digunakan selama enam generasi dan diyakini aspek ketahanannya.
CYCLONE RT5 MALAYSIA
SPESIFIKASI CYCLONE RT5 (2025)
- Enjin satu silinder 246.9cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
- Output kuasa 19.5kW pada 8,500rpm
- Tork puncak 24.5Nm pada 6,500rpm
- Transmisi automatik CVT pacuan tali sawat
- Fork teleskopik biasa dengan absober berkembar di belakang
- Brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda
- Rim aloi depan 15 inci dengan tayar 120/70, tayar belakang rim 14 inci 140/60
- Panjang 2,205mm
- Lebar 767mm
- Tinggi 1,395mm
- Jarak roda 1,545mm
- Tinggi pelana 780mm
- Jarak bumi 155mm
- Berat kering 190kg
- Tangki minyak 18 liter





























