#EICMA2025: Skuter 2 silinder VOGE SR450X (2025) debut di Milan

VOGE menampilkan model skuter adventure terbaharu iaitu VOGE SR450X (2025) sempena Pameran Motor Millan (EICMA) 2025 di Itali.

Skuter kapasiti pertengahan yang ditayangkan itu menggunakan enjin 2 silinder, sudah tentu akan jadi tumpuan apabila dibawa masuk ke Malaysia.

Ini adalah beberapa perincian yang kami peroleh:

  • Enjin 4-lejang 2-silinder 398cc 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Output kuasa 41.85hp @ 8,000rpm
  • Tork maksimum 42Nm @ 5,750rpm
  • Sistem gear automatik CVT
  • Tangki minyak 18 liter
  • Panjang 2,165mm
  • Lebar 879mm
  • Tinggi 1,440mm
  • Jarak roda 1,518mm
  • Tinggi pelana 795mm
  • Jarak bumi 180mm
  • Berat kasar 220kg
  • Tayar depan 110/70 -17
  • Tayar belakang 150/70 – 14
  • Rim jenis jejari dan dibalut tayar tanpa tiub jenama Maxxis
  • Sistem brek cakera untuk roda depan dan belakang
  • Sistem pencahayaan LED penuh, siap ada lampu spotlight dan brake flash
  • Instrumen meter digital 7 inci jenis TFT
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
  • Ada kamera dashcam depan belakang dan ada radar
  • Sistem fork usd dan suspensi belakang beserta sub-tank jenama KYB
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk boleh muat dua topi keledar
  • Penghadang angin boleh laras guna kuasa elektrik
  • Sistem kekunci pintar dengan butang buka pelana dan kotak simpanan poket
  • Ada pemanas grip dan tempat duduk
  • Ada soket USB Type-A dan Type-C
  • Dilengkapi dengan ciri bantuan parkir skuter