Ada recall atau panggilan balik tiga model motosikal jenama Yamaha di Malaysia.
Ini diketahui selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk membuat hebahan panggilan balik sebanyak 3,167 buah motosikal.
Tiga model motosikal jenama Yamaha yang dipanggil balik dan punca recall adalah seperti berikut:
- Yamaha MT-09 – Throttle Position Sensor (TPS) tidak berfungsi dengan baik
- Yamaha Tracer 9 GT – Throttle Position Sensor (TPS) tidak berfungsi dengan baik
- Yamaha Tenere 700 – Operasi klac tidak lancar, sukar untuk tukar gear
Model dan tahun pengeluaran
- Yamaha MT-09 keluaran November 2021 sehingga Februari 2025. Jumlah unit dipanggil balik 1,649 buah.
- Yamaha Tracer 9 GT keluaran November 2021 sehingga Februari 2025. Jumlah unit terlibat 1,369
- Yamaha Tenere 700 – 2023 hingga 2024. Sebanyak 149 motosikal
JPJ menjelaskan pengeluar akan dihubungi pemilik motosikal untuk proses penyelarasan slot pemeriksaan. Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu ini akan diganti dan kos ditanggung pihak pengeluar.





