
MODENAS melancarkan Program Penjagaan Z15GT (Z15GT Care Programme) khas untuk model supermoped mereka yang akan berlangsung selama 3 bulan bermula hari ini.
Program Penjagaan Z15GT akan menawarkan pemeriksaan percuma dan bantuan selepas jualan kepada pemilik-pemilik MODENAS Z15GT di seluruh negara.

Tempoh program ialah bermula daripada 15 Julai sehingga 15 Oktober 2026. Program dijalankan menerusi 57 wakil pengedar sah MODENAS terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Apa pemilik Z15GT akan dapat?

Antara perkara yang disediakan menerusi program ini untuk pemilik Z15GT ialah:
- Pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma oleh pasukan juruteknik terlatih.
- Bantuan teknikal, baik pulih dan jaminan untuk kes-kes yang layak.
- Akses kepada komponen gantian dan alat ganti berkaitan tapi ini tertakluk kepada pengesahan teknikal dan ketersediaan (bergantung kepada bekalan stok).
Kenapa ada program untuk pemilik Z15GT?
Modenas ada menjelaskan:
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Modenas terhadap penjagaan pelanggan, kualiti produk dan penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan.
“Sebelum program ini bermula, Modenas sudah menjalankan penilaian teknikal, taklimat pengedar, latihan juruteknik dan perancangan alat ganti untuk menyokong penyampaian perkhidmatan yang konsisten di semua lokasi yang terlibat.
“Syarikat terus bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal, kualiti, perkhidmatan dan pembekal untuk memperkukuhkan produk serta proses selepas jualan mereka.”
Apa kata orang kuat Modenas?

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata:
“Kepuasan dan keselamatan pelanggan kekal menjadi keutamaan kami. Melalui Program Penjagaan Z15GT, kami membawakan pemeriksaan dan bantuan selepas jualan lebih dekat kepada pelanggan kami melalui pengedar sah terpilih di seluruh negara.
“Kami hargai maklum balas yang diterima daripada pemilik-pemilik Z15GT dan kekal komited untuk mengambil tindakan perlu bagi memperkukuhkan produk, perkhidmatan dan pengalaman pemilikan secara keseluruhan secara berterusan.”
Serampang dua mata?
Modenas juga menyatakan secara jelas bahawa semua maklum balas pelanggan dan apa yang mereka temui sepanjang pemeriksaan akan dikumpul semasa program tersebut dan akan kerana ini akan jadi sebahagian daripada usaha berterusan Modenas untuk tambah baik produk dan perkhidmatan.
Nasihat kepada pemilik Z15GT?
Anda digalakkan untuk menghubungi pengedar sah Modenas yang terdekat untuk mengatur pemeriksaan.
Modenas minta anda bawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen jaminan atau servis yang berkaitan untuk memudahkan proses penilaian.
Cerita Lain Tentang Z15GT
- Anugerah Kapcai of The Year 2026 milik Modenas Z15GT
- Modenas Z15GT (2025) serap DNA supersport Kawasaki Ninja ZX-6R?
- Modenas Z15GT (2025): Kenapa Arowana jadi pilihan, mengapa bukan harimau atau ular?
- Modenas Z15GT (2025): Betul ke ini bukan motor rebadge atau guna enjin Zonsen China?
- Modenas Z15GT (2025): Mengapa Modenas nekad hasilkan supermoped 150cc ini?
- Modenas Z15GT (2025): Betul ke supermoped Modenas dapat sentuhan Kawasaki?
- Modenas Z15GT (2025): Supermoped bakal eksport ke negara luar, kekal guna nama Modenas?
- Modenas Z15GT (2025): Apa terkandung di sebalik nama model supermoped nasional ini?
- Modenas Z15GT ada varian baru, versi auto klac dijangka muncul pada awal 2027
Senarai penuh pengedar terlibat?

